Isnin, 28 April 2014

Review Sabun double Gluta murah

Assalamualaikum,dah lama aku tak tulis apa apa dekat blog yang usang ni..huhu..so hari ni rasanya nak tulis pasal Sabun double gluta.

Aku rasa ramai yang dah tau pasal sabun ni kan.Kat pasar malam pun banyak yang jual.Aku pun salah seorang penjualnya.hehe..sebab aku ni pengguna.kalau aku beli satu satu,aku rasa macam membazir ja jadi aku beli bebanyak dan aku dapat harga borong.bijak ka dak?haha.

Sabun ni warna warni..bau dia memang wangi la.aku suka pakai kat muka ja sebab dia akan peeling mcm halus ja..mcm habuk ja..aku pun tonyoh la bagi keluaq habuh.muka yg berminyak akan berkurang..bab putih aku taktau la sebab aku memang dah putih.hahahahha.muntah ramai ramai.

Fungsi gluta memang cerahkan kulit.tapi aku rasa hampa nak keluaq rumah kena la pakai losyen semua sebagai pelindung uv..matahaqi dahla panas terik..memang kena pakai la kalau nak jaga kulit kan.

Aku ada tonyoh kat ketiak juga.then aku pegang ketiak aku rasa mcm lembut ja.ni bukan tak senonoh tapi aku nak tau kesan dia hokay.kalau rajin pakai,mesti akan ada kesan la.jangan pakai haqi ni,esok nak cerah dah.

ha lupa nak habaq,memang rasa pedih sikit bila biaq kat muka besala tu proses nak buang.haha.tapi takdala teruk pun.apapun aku suka sabun ni.aku taktau nak review apa lagi.erm..bos aku pun pengguna sabun ni even dia laki.dia lagi suka.sebab dia kata tak berminyak muka dia.yala laki kan kulit berminyak jugak.pastu dia rasa dia mcm putih sikit bila pakai.haha.aku tengok koko adala.haha.

Aku cuma tunggu boleh ka hilang parut jerawat aku ni.erm...rimas la tgk.aku ada pakai krim polla tu tapi mcm xda kesan kat aku..yala,aku suka cuba produk thailand sebab muqah.haha.aku ni spesies kedekut.ada produk breast pun aku cuba tapi yg ni agak berkesan.apa apa produk pun,kena istiqamah pakai.dan sabaq la tunggu hasilnya..

Comel kan mcm agar agar..wangi sangat
Kalau ada sapa nak beli kat aku,sila add wechat kat number 0174386713..seketul rm 10 ja aku juai..murahla tu.haha.nak lagi murah pun boleh.ok..sekian saja..

Sabtu, 1 Februari 2014

Hidayah Milik Allah

Assalamualaikum,erm.aku dah pernah tulis dulu bagaimana aku dapat Hidayah tapi aku padam sebab entahlah.haha.Tapi bila orang Tanya balik dan aku faham erti naluri org yg ingin tahu maka aku akan menulis semula.

Ketahuilah secara ringkasnya sesiapa sahaja boleh berubah asalkan dia menerima Hidayah Allah.Aku bersyukur sangat sangat sebab aku terima Hidayah Allah yg sukar digambarkan.
Detik rasa ingin berubah sudah lama aku pendam.Kita semua mesti ada sekelumit rasa ingin jadi baik.Tapi bukanlah semua akan ambil tindakan dimana ia berubah tetapi ramai yg menafikan rasa nak berubah tu dan terus ditipu dengan nafsu sendiri.Aku mula rasa insaf apabila sahabat aku memberi ceramah tentang solat.Dia kata org tak tutup aurat takpa lagi tapi kalau tak solat,semua amalan tak diterima.Mungkin niat dia time tu nak aku start solat dulu.
Aku tak bagitau sapa pun niat untuk berubah.Aku pendam.Aku ambik tindakan dengan membeli telekung dulu tapi aku nak kena potong rambut sebab aku dah soal orang apa hokum mandi wajib bila rambut colour.ha tu la galak sangat nak feeling korea warna rambut memacam.haha.biasalah,benda ni ambik masa sebab hasutan setan kuat juga.dahla aku nak pi potong rambut dekat salun kawan aku,asal nak pi ja tutup,ha Nampak dak betapa susahnya nak berubah.tapi azam kena kuat.Last2 Aku pi potong dekat kedai aunty cina tu ja.selesai masalah.

Kemudian,aku tetap tak mandi wajib lagi.Aku duk syok feeling layan nafsu nak gembira lagi.Fiy,sebelum aku berubah,dalam masa sebulan,tiap tiap minggu aku pi club.Aku tau tak syok pun sambil duk dalam tu aku duk pikiaq,apala dapat duk dalam ni.Tak rasa tenang pun.Erm..lagipun aku memang tak pernah minum arak sebab aku rasa tak baik untuk kesihatan.Tak caya?lantak la.haha.sapa yg tau,dia tau la.
Then,1 day aku lawan maki dengan someone sebab dia kata aku kaki clubbing.Aku geramla sebab aku tau dia pun tak baik mana.Tapi aku memang bosan dan rasa sangat serabut.Aku nekad,mandi wajib terus aku baca Yasin sambil tunggu waktu solat masuk.Rasa tenang ya amat.Alhamdulilah.Aku nak keluaq petang tu sebab nak belajaq bawak keta,ambik lesen time tu,aku tengok cermin.terus cahay hidayah datang,hati aku kata,dosa dah banyak,kenapa tak pakai tudung,tak kan nak tambah dosa lagi.aku pun ada selendang maka aku pun lilit lilit ja.Tu la nama dia Hidayah Allah bagi,aku terima,ada org dapat tapi tak terima,aku boleh ja time tu kata,alah awai gi nak pakai tudung.nanti nanti la tapi aku tak mau nafikan.Start tu aku bertudung.

Tapi aku memang sedar aurat aku tak sempurna lagi.Aku tak kaya nak beli baju ttp aurat sekaligus.Aku slow slow perbaiki diri.Sampai sekarang,banyak lagi yang perlu dibaiki.Hidup ni bukan selamanya.Kita pasti mati.Berubahlah sebelum terlambat.Slow slow takpa dari takda langsung.Jangan tertipu dengan kepalsuan dunia.La ni akhir zaman dah.Jum taubat sesamA.Doakan aku istiqamah.Segala pujian kembali padaNYA.Jum perbaiki diri .Allah Maha Pengampun.:)