Selasa, 3 Disember 2013

Kelebihan Orang Miskin

Assalamualaikum.Alhamdulilah.Disini aku nak tulis pasal kelebihan org miskin.ya aku miskin.aku tau rasa miskin tu mcm mana.memangla tak miskin mana tapi tak la kaya tapi aku bersyukur ja.sejak berhijrah ni,aku rasa hati aku rasa cukup.camna ek.rasa cukup lah.susah nk terang.tapi tipu la kalau aku tak sedih kan.aku sedih juga bila aku tengok mak ayah aku,aku xdapat senangkan depa,depa kena keja lagi kat tengah panas.tapi aku harap dpt bahagiakan depa kat syurga.Amin….so pada sapa yg tak kaya mcm aku ni,meh kita tengok kelebihannya.
·        Pahala amalnya lebih dari pahala amal orang-orang yang kaya dalam sembahyang, sedekah dan lain-lainnya
·        Jika ingin sesuatu dan tidak tercapai dicatat baginya pahala
·        Mereka lebih dahulu masuk syurga
·        Hisab mereka diakhirat lebih ringan
·        Kemenyesalan mereka sangat kurang sebab orang-orang kaya ingin seperti orang fakirdiakhirat sedang orang fakir tidak ingin seperti orang yang kaya.
Ok,aku copy paste ja ni..dia panjang lagi tapi aku ambik point2 dahla.Ada juga dia tulis Nabi Sulaiman pun masuk terakhir selepas nabi2 lain sebab yalah harta dia kan banyak.Tengok…Allah Maha Adil.so jangan sedihlah kita miskin ka apa ka.buat ja apa Allah suruh,tinggal apa Allah larang.memang tak salah jadi kaya tapi kalau kekayaan kita disalurkan ke jalan Allah.banyak mana org kaya yg betoi2 sedekah??banyak mana org kaya yg xnaik bmw tapi naik keta biasa?nafsu wei.bila kita ada duit,depa akan surh kita beli benda keperluan kita yg mahai sikit.menjawablah kat akhirat nanti.duit tu beli apa buat apa.aku Cuma kagum dgn sorang jutawan mana ntah.lupa dah.dia jutawan,dia kumpul duit duit dia then dia sedekah semua sampai dia muflis.gila lah….kalau aku,aku pun tatau belum tentu dapat buat mcm dia buat.so duit kita,kita laburlah ke jalan yg benar dan tak membazir.yg miskin pun boleh sedekah,yg kaya pun boleh.hehe.

Tapi kala dari segi lain aku rasa
1)Kita akan dapat kawan yg betoi betoi kwn kita sebab yalah depa ofcourse ikhlas.bukan sebab kita kaya,depa nak dekat dgn kita.

2)kita akan dapat pahala yg banyak bila org kaya hina kita.trust me.haha.ni aku lalui sendiri.aku bukan nak kutuk org kaya,xsemua pun jahat.tapi aku pernah kenai.depa buat baik ada makna.yg sorang tu,bila gaduh,dia hina dia kutuk keja ayah aku.

3)kita takdalah membazir.yalah,duit pun ngam ngam ja.so bila ada duit,memang kita fikir betul2 nak beli apa.harga mana murah.masa aku ada duit dulu,harga pun aku tak belek.main ambik ja.nak tawar menawar pun tak dah.teruk kan..zzz

4)itu akan ajar kita sikap jimat cermat.masa ada duit tak hengat dunia,bila xda,time tu la kita tau erti baik berjimat cermat.
Tu jala kot kan.banyak lagi kelebihan dia.Allah lebih tahu.
Jika kau inginkan villa mewah
Aku inginkan rumah di Jannah
Jika kau inginkan perhiasan dunia
Aku inginkan perhiasan di syurga
Jika kau inginkan makanan lazat
Aku impikan air susu sungai di sana
Oh Jannatul Firdaus
Mu tunggu aku datang.:)

Rabu, 27 November 2013

Selamat hari lahir Abah

Kelmarin,hari lahir abah.aku memang jarang cerita pasal keluarga aku bukan bermakna aku tak sayang mereka semua.mungkin jenis  kami tidak zahirkan ksh syg melalui percakapan.hanya melalui perbuatan.aku dengan abah juga tak banyak bercakap.abah seorang yang penyabar,suka buat lawak juga kadang kadang.sebenarnya perangai keluarga aku memang pelik tapi itu keluarga aku.tak kisahlah bagaimanapun,mereka tetap keluarga yg tlg disaat susah.
Memang bila org Tanya abah kerja apa,aku lebih selesa jawab kerja guard.bukan malu dgn pekerjaan abah.Cuma aku tak tahu nama saintifik untuk kerja abah.mungkin pekerja kitar semula???di tempat manusia membuang segala benda yg dinamakan sampah,disitulah tempat abah mencari rezeki.sedih atau hina kerja begitu??bagi aku,tidak..setiap pekerjaan ada tanggungjawabnya hatta pekerjaan abah itu pun.aku pernah pergi tempat pembuangan sampah.bau???ada ka sampah wangi bagaikan kasturi??panas??ada ka hawa dingin memayungi sampah??sangat besar kawasan itu,memang besar,aku tengok dan berkata,kalau buat berbiji bangle,lebih dari mencukupi tanah itu.nampak sangat sampah memang banyak.nasiblah sampah masyarakat tidak dibunag disini,kalau tak,err tak cukup kot…
Masa kecil,aku selalu berazam nak ubah nasib keluarga.tapi tersalah jalan pulokkk..tapi,keadaan kami tak la miskin sangat.sebab dgn kerja tu,abah mampu bagi makan anak anaknya.syukur dgn nikmat yg ada.aku tahu,aku memang banyak menyusahkan mak dan abah.kiniku pandang,wajah mereka makin dimamah usia.tidak seperti aku msh kecil dulu.sekarang,aku harap aku mampu jadi anak solehah.Abah,walaupun imah Nampak mcm tak sayang hakikatnya


Semoga keluargaku bertemu kembali di Jannah.Amin.

Isnin, 11 November 2013

Powerbank Rosak?

Assalamualaikum....sapa tau apa itu powerbank??ok,powerbank ni dah mcm keperluan untuk org yg pakai smartphone.Powerbank untuk caj hp kita la...Yela,ko pakai smartphone,online,whtapp,wechat tak hengat dunia then ko nak harap bateri hp ko tahan sampai ke esok?jgn haraplah senah oi.sejam pun dah kong bateri hp kau....lainlah pakai 33 sekupang,seminggu tahan...

Apa aku nak cerita,nak share,disebabkan aku keja kedai hp so aku share pasal benda alah ni la,kalau keja tanam sayur,aku citer ah pasal sayur.haha.cita cita lama yg tak kesampaian.powerbank ni banyak jenis,power dia,design dia,dri yg halus sampai la yg besar mcm kotak pensel aku sek ren dulu.terpulang kita nak pakai yg berapa power..yg mahal ada,yg murah pun ada.

mari kita cerita mcm mana nak jaga dia dgn penuh kasih syg..powerbank pun perlukan ksh syg hokay,ingat hampa ja ka nk syg syg..ada yg beli jenis murah then depa ckp tak tahan lama.act,depends pada org yg jaga benda tu la.alah,kalau hang beli mahai juta juta pun,tak reti jaga,rosak jugak.buwekk.haha.perkara ini terjadi kepada customer aku.dia beli powerbank 20ribu mah,takla murah sgt,rm105 jugak la.yela,power besar maaa...tapi takdalah jenama apa.then dia mai kedai,kata rosak.bukan begitu,so bos aku yg pakar kata,powerbank ni tak boleh kalau kita tak caj dia langsung,dia jadi kong teruih,so dia terus mati..tapi bos aku telah menghidupkan powerbank ala ala mcm doktor hidupkan pesakit guna kejutan elektrik tu.ha lebih kurang la kan..so hiduplah balik dgn izin Nya.

Maka,sila lah caj powerbank anda sentiasa untuk mengelakkan dia mati.Kalau kedai hampa beli dekat,takpalah tu hat beli online tu,pastu takda warranty,tak ke naya kan.ingatkan rosak tapi kita yg tak caj.jgn bagi dia kong,sila caj jugak untuk elakkan dia mati.

So,tiada beza yg mahal atau murah.Bagi aku la..Kalau kita jaga dgn penuh caring,loving,insyaAllah dia ok..haha.kalau tak ok,idk.zzzz..kalau nak beli powerbank,boleh cari aku.kami bukan ambik untung banyak pun,rm20 ja.maila beli,maila...hehe.alolo,beli nah satu.haha.k la,tata.muahhh kat arwah kucing aku.,rindu dia.sob sob..
Powerbank yg mcm style la,ferrari kot then senang jgk sebab dia tunjuk peratus bateri.Lawa kan,sila beli disini.:p

Khamis, 7 November 2013

Assalamualaikum.....sambil lap aiq mata..sob sob.memang aku kategori kuat qeyau tapi bagi aku qeyau itu menenangkan..hmm...yayang kucing aku dah mati.pagi tadi masa nak bagi makan,tengok tengok dah keras.allah...mampu nangis jala pastu terus ambik cangkul tanam dia..mcm tak caya,pagi kemarin tengok dia makan lagi.tapi time malam,aku balik keja dah lambat,xpi tengok dia pun.rasa menyesal pun ada.hmm.mummy minta maaf nah yayang...mungkin semua org ada kucing kesayangan msg msg.tapi bagi aku,yayang kucing special..aku ambik dia dari tempat keja aku dimana mak dia tak maua jaga dia pun..aku bwk balik,memandangkan kucing kat rmh mata besaq pn baru lahirkan anak,aku letak yayang sekali dgn anak2 dia..yayang pun minum ja susu mata besaq.mata besaq pn anggap yayang mcm anak dia.

Tapi yg specialnya,kaki belakang yayang tak boleh berfungsi.dia jalan guna kaki depan ja.kesian dia.dia nak jilat bontot dia pun susah sebab tu kdg2 dia berbau maka aku akan wangikan dia,mandikan dia.org lain dlm rmh mcm tak sayang yayang ja sebab dia cacat kecuali adik aku azirah yg kecik tu,.dia la tlg jaga bila aku takda.aku mmg saja bg nama sayang sebab aku nak org lain pun syg dia..rmh aku daqi dulu memang banyak kucing dah,cuma yayang ni,aku yg ambik dia dan jaga dia.tu mcm sedih sikit bila dia mati.aku anggap yayang mcm anak aku dah.aku mmg suka anggap kucing ni mcm manusia jgk.takpalah,dah ajal yayang kan..aku still ada kucing2 lain lagi..sedih tu biasala kan,tapi aku tau setiap yg hdp pasti akan mati.

Kita ni kalau mati,taktaulah mcm mana,selamat ka tak.sama samalah sentiasa renung diri serta istiqamah..

tengok yayang jalan guna kaki depan ja.:(

masa baby lagi



dah besaq sikit,mcm tu la kaki dia.now tinggal oren dgn mata besaq ja..

Rabu, 30 Oktober 2013

Pujian

Assalamualaikum,saja nak hupdate.mcm rajin ja,mcm malas ja,mcm rjn ja.haha.act,thn lps,tarikh hari ni,aku dah start bertudung.jap ja masa berlalu,alhamdulilah masih kekal dalam hidayahNya.terima Ya Rab.

Aku nk ckp pasal pujian.Sapa tak suka kena puji kan,aku pun suka,kekadang puji diri sendiri tu pun bila ambil gambaq dgn camera 360 pastu feeling cun cun gitu.haha.Ramai org sekarang cantik,ada duit semua boleh jadi cantik,cantik semulajadi tak tau la sapa kan..artis yg lawa semulajadi yg kacuk2 tu la kan sebab depa kacuk muka kulit semua lawa...ada ja gds kampung yg ayu lagi lawa.Tapi lama tak jumpa sebab gds kampung dah uptodate sekarang ni...apa aku merapu.

Boleh ja nak puji tapi niat kita tu,bila kita puji,sila tengok sapa yg cipta ok?Sapa murid murid??Ya,kamu yg gigit lolipop tu apa jwpn dia?Allah cikgu.Ha bijak geliga otak kamu.Ok,so sambil puji,renung dalam dan sebut Subhanallah baqu betoi.Kita puji sebab Allah bukan sebab makhluk tu.Sambil puji,pahala pun dpt.Jgn puji sebab tak ikhlas,sebab nak bodek,sebab nak ngorat dan sebab2 yg tersembunyi yg lain.

Ok,pada yg dipuji,tak payah nak kembang semangkuk sangatla kan..Ingat la,kita ni hamba yg hina.Jgn duk bangga la.Apa ada pada kita,pinjaman semata.Allah yg bagi,tu Dia punya.Sedaq diri sama nah sambil ucaplah Alhamdulilah selalu tanda syukur Allah bagi nikmat yg melimpah meletup mcm candy crush tengah meletup tu.

Jgnlah kita bangga apabila dipuji,riak ujub dan yg lain.Kdg kdg memang wujud manusia yg jenis suka menunjuk apa dia ada,tapi tu la,doakan  saja mereka dapat Hidayah ataupun bersangka baik mereka hanya mahu kongsi rasa itu.Semak diri balik,mana tau konon niat elok pastu setan hasut jadi tak elok,ngada tau iblis ni suka hasut hasut,cubit kang.errr...

Apa aku tulis,tak tuju dekat sapa tapi kat diri sendiri yg banyak belajar dalam tempoh kehidupan ini.Aku la ni ada penyakit suka jeles dekat org lawa,cantik,pastu terus aku beletiaq dkt nafsu no no jgn camni.Baik aku jeles dekat Rabiatul Adawiyah then buat amalan bebanyak baru betoi.

p/s-Yg kekal cantik hanya di Syurga.:) peace

Rabu, 23 Oktober 2013

Buku Cinta Kerana Allah

Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarokatuh..ha...Alhamdulilah,masih diberi nyawa untuk bertaubat..aku cam rasa nak tulis bab kawin.haaaaa jeng jeng bukan sebab aku nak kawin tapi saja nak tulis.sapa tak suka bila sebut kawin kan?semua mesti suka....fitrah manusia...

Dengan kawin boleh dapat banyak pahala,nak2 dapat pulak anak solehah.memang dia doa kat kita la kan...mungkin sebab aku jumpa nadia hari tu,bahagia sangat tengok dia..dia tengah pregnant,sehari aku duk rumah dia sebab hujan tak boleh pi kerja,.kira dapat cuti la kan...ya allah,mak mentua dia dengan pak mentua dia memang baik.memang bertuah dia dapat mak mentua dan pak mentua yang baik.aku yg baru duk sehari pun dah terasa aura bahagia nya apatah lagi nadia yg dah kawin 10 bulan..alhamdulilah la kan..

lepas tu aku ada baca buku hantaran nadia.Tajuk dia Cinta kerana Allah.memang baguih gila buku tu tapi aku terasa blur sikit sebab aku belum kawin tapi baca buku mcm tu.haha.tapi isi dia serius best,aku rasa setiap orang patut baca.satu satu dia kupas,dengan bahasa yg ringkas tapi kita mudah faham.buku ni habaq cara step bahagia sampai ke tua...ya,tak kan kita nak bahagia time kita tengah muda,lawa ja kan.tapi aku dan baca sekerat ja...tu pun dah best,aku paksa nadia baca juga dan dia pun kata best...tapi rumah mak mentua nadia memang banyak buku,novel fuh boleh gila aku tengok.maklumlah org suka membaca mcm aku ni memang pantang tengok buku banyak banyak.

Bagi aku,perkahwinan tu suci kalau disulami dengan cinta padaNya bukan kerana nafsu semata.Bahagia sampai akhir hayat lalu bertemu di Syurga.Allah.indah sangat.tapi kan aku selalu negatif sikit bila pikiaq kawin.aku takut laki aku tak suka aku,badan aku tak lawa,muka aku ada jerawat bla bla.tapi buku tu cakap,inilah mentaliti Rakyat Malaysia dimana semua tu salah.tak semestinya begitu kan.tula,baik hampa pi baca buku tu.hehe.

oklah,motif aku cuma nak habaq buku tu best.haha.sila la beli dan baca takpun pinjam kat Nadia.hehe.Rm 30 ja kat popular.p/s suka tengok wawa zainal dengan aeril zafrel kawin.cantik gilos wawa bertudungSubhanallah,Alhamdulilah...
Inilah buku itu,please please baca buku ini.Serius best.

Khamis, 10 Oktober 2013

Sanah Helwah Ya ecan

Assalamualaikum..Today birthday bff masa sekolah rendah aku dulu iaitu ecan....jeng jeng...so mari kita review saat saat indah bersama ecan..

Hari hari aku pi sekolah dengan dia iaitu mengayuh basikal...aku memang awai sebab tok aku gerak awai,dan ecan selalu lambat maka dia selalu suruh aku pi dulu...yalah,aku harus awai sebab nak hantaq karipap kat kantin lagi...byk moments dgn ecan yg aku dah lupa sebab aku memang jenis pelupa tapi ada yg aku ingat juga.

First,ecan ni memang jenis hardcore la.aku pulak masa sekolah rendah,memang jenis slow,diam..aku tak ingat sangat watak aku time tu...di satu petang yg indah,duk main dkt rmh ecan,main lompat beskal,ecan ni atlit lompat pagar so aku sedikit sebanyak terpengaruh maka aku ingin la juga lompat tp darah aku bkn darah sukan wlpn bdn aku ni tinggi...tapi tapi ecan mai usik aku dgn cacing..ya allah,binatang plg aku geli.memang aku laqi la kan...keliling rmh dia kami laqi...hasihh...geli gila sampai sekarang aku msh geli dgn cacing.bntg lain takpa tapi cacing,please la..bdn dia yg nampak licin dan golek2 tu buat aku rasa takut kegelian...

Kedua,kami tajwid sama..benda besa la kan masa sekolah rendah,tapi ada petang tu aku tertidoq...bila bangun ecan ada tulis lirik lagu sephia kat buku aku...selamat tidur kekasih gelapku...haha.motif dia buat aku pun tatau...tapi bila ingat balik,mcm sweet ja...

Ketiga,kami ni ada buku sembang sembang..memandangkan semua cikgu garang,kami buat buku ni sebab nak sembang.kami akan tulis dlm tu...pastu pas pas...duk sebelah ja pun tapi rajin sgt kot kami time tu.haha.aku tak ingat apa kami tls dlm tu..

Keempat,kami ada pi rombongan sekolah pi cameron highland...time tu aku termuntah,pening kata kan.kesian ecan,dahlah dia sebelah aku.haha...sorry nah...ada pic dgn dia,tapi semua dah hilang sebab aku jenis pindah pindah...

Ke lima,masa nak dekat upsr,ecan ada nasihat aku satu benda.jgn bercinta sebab pelajaran lagi penting.how sweet time tu..pesanan dia aku ikut dan alhamdulilah sama berjaya jugak cuma haluan dah berubah..bila sekolah men,kami dah tak rapat...aku ada jgk pi rmh dia masa awai2 lama lama aku bkn tak mau pi tp aku segan...yalah,dia sekolah agama,aku ni mcm jebon dah...

Masa raya ritu,aku pi rmh dia lepas balik kubur...ecan still sama mcm dulu,cuma mcm tinggi ja ka sama tinggi.aku tak sembang byk sebab duk jap ja....aku pun demam time tu...aku act nak ajak dia tangkap gambaq tapi aku segan.lama tak jumpa,aku jadi malu tau...haha..apapun,ecan memang bff yg baik,yg selalu nasihat wlpn dia panas baran dan aku kuat merajuk.haha...

So kepada gadis bernama Nur Ihsan Fadhilna bt Azizan.Selamat hari Lahir,moga dapat suami soleh,ehem ehem,semoga jadi wanita solehah,semoga bahagia dunia dan akhirat...Amin.....


Isnin, 23 September 2013

Berbahagialah diuji :)

Assalamualaikum...disini aku ingin meng copy tulisan di dalam majalah AT TAQWA.


Apabila dianalisa,sebenarnya ujian positif lah yg banyak merosakkan berbanding ujian negatif.Saya bawakan contoh,katalah ada org kaya dan berkuasa diazab oleh Allah kerana kedurhakaannya.Dia hendak bahas, ' Wahai Tuhanku,aku kena azab ini kerana Engkau juga.Engkau bagi aku kaya!Engkau bagi aku kuasa!Sebab itu aku jadi jahat.Kalau Engkau tak jadikan aku kaya dan berkuasa,aku tak lah kena azab'.Lalu Allah memberi hujah dgn berkata 'Bukankah ada di kalangan org baik istana menjadi Raja?Nabi Sulaiman menjadi raja.Nabi Daud jadi raja.Nabi Muhammad jadi raja tapi mereka lebih baik dari engkau.

Ada org miskin juga masuk ke neraka.Mereka berhujah dgn Allah 'Macam mana aku tak jahat,Engkau miskinkan aku.Aku nak makan terpaksa mencuri,terpaksa menipu.Kalau aku kaya,tak lah jadi begitu.Lalu Allah memberi hujah dgn berkata 'Engkau lebih miskin atau Nabi Muhammad lebih miskin?Dia jauh lebih miskin dari engkau,tapi dia jauh lebih baik dari engkau..

Jadi setiap apa yg berlaku di dunia ini adalah merupakan ujian.Sekiranya kita tidak kuat rasa bertuhan,tidak takut dan cintakan Allah,tidak memandang besar akhirat,maka kita akan tewas dgn apa bentuk ujian pun sama ada positif atau negatif.Kaya pun tewas,Miskin pun tewas.Berkuasa pun tewas.Tak berkuasa juga tewas.

Sebab itu Allah adalah yg terpenting dalam hidup kita.Besarkan akhirat itu penting suapaya apa bentuk ujian yg melanda,tidak akan menjejaskan kita dan tidak mengubah pendirian kita.Org yg takut dan cintakan Allah kalau mereka kaya,makin banyak harta maka makin banyak kebaikan yg mereka akan buat seperti menolong org,bersedekah,membela org dan menyelamatkan org.

Kalau org miskin,susah,sakit,menderita,kalau mereka takut dan cintakan Allah,pahalanya berbeza-beza.Kalau mereka tidak mendapat nikmat dan tidak dapat menolong orang,kalau mereka redha,maka mereka mendapat pahala besar.Sekiranya sabar,Allah beri hadiah tidak terkira 'bighairi hisaab'.Maka mereka sudah kalah mengalahkan org kaya yg paling kaya.Org miskin apabila nampak ada org jual durian,tetapi tidak mampu beli hingga cicir air liur,maka Allah ampunkan dosanya.Itulah penghapusan dosa,tanda rahmat dan kasih sayang Allah kepada hamba-hambaNya.Maha Adilnya Allah.

Ada dikalangan kita yg beribadah kerana fadhilat dan mengekehemdaki pahala yg banyak tetapi sebenarnya yg lebih banyak mendapat gandaan pahala adalah dgn 'tidak melakukan ibadah'.Sebenarnya pahala yg banyak apabila diuji dgn kesakitan.Sebab itu para Rasul tidak merasa susah dengan kesakitan.Untuk mendapat pahala yg banyak adakah kita larat sembahyang 1000 rakaat sehari?Maka sekiranya diuji dengan kesakitan hendaklah sabar dan redha,disitu lebih banyak pahala.

Sama juga contohnya dgn org miskin yg teringin dengan sesuatu barang atau makanan,tapi tidak mampu membelinya.Disitulah keampunan Allah.Selalunya kita kata,'kenapa Allah buat begini?' Percayalah,Allah lakukan semua itu untuk memberi kita pahala.Para suami,ketahuilah bahawa isteri yg sering membebel dan meyakitkan itu juga pahala.Sekiranya isteri celupar mulut,kata pada mereka elok elok selembut bahasa,'Pahala abang dicatit.Cakaplah lagi,janganlah berhenti lagi,Inilah income dan saham abang.'.Lama kelamaan isteri malu sendiri.Itulah yg berlaku sekiranya kita faham kerja Tuhan,kita akan seronok dan bahagia menerima ujian Allah.
¬Berbahagialah diuji¬:)

Okay,dah lama aku tertangguh nak copy ayat dalam Majalah ni.Act,masa aku baca bab ni,meleleh juga la aiq mata ku ini,yala sebab aku ni kdg kdg suka complain juga bila diuji.Haishhhh...aku harap aku lebih kuat selepas ini...Insya Allah kan....Doakan yg terbaik untuk semua.Amin.....

Rabu, 4 September 2013

Tak tutup aurat vs Tutup aurat

Assalamualaikum,ha dah lama aku nak kupas bab ni.Bab yg agak sekali didengar.Iaitu tuduh menuduh mungkin.

Pertama,org yg tak tutup aurat,akan mengata mcm la yg pakai tudung baik sangat,ramai ja buat dosa,aku dulu walaupun xttp aurat,aku xberani guna ayat ni,aku xpandang pada tudung tapi aku pandang baik buruk seseorang,aku selalu ckp,biasala setiap org ada baik buruknya.tapi aku dulu mmg panas hati bila laki laki komen picture aku mcm apa lagi...pfffttt...mmg aku block teruih la kan.haha.sebab aku tak suka.kat sini depa salah,mmg kita wajib tegur org tapi bknlah komen dkt picture org tu,inbox la dia.kalau tegur org tapi sakitkan hati org,pun salah jugak...aku cuma respect ifa ja time tu,sebab dia inbox aku dgn kata kata lembut dan pujian,ha mcm tu la nk tarik org...dia berilmu sebab tu cara dia baguih ataupun sebab ifa mmg jns lembut..aku dgn dia pun bknnya rapat cuma kwn sek ren,satu kelas,so mgkn sebab rasa tanggungjawab,ifa tegur aku.aku ikut atau tak,belakang kira...yg penting dia dah lepas bab tanggungjawab..ha tgk bila ifa tegur baik baik,ada ka aku maki dia??tak kan,aku reply ja baik baik,tapi aku malu so aku pusing topik tanya bab dia belajaq kat mesir mcm mana.hahaha.walaupun aku jahil,tapi aku approve jgk kwn kwn sek ren.tapi bila laki laki mcm apa gi komen,maunya aku xupdate status,kalau baik sgt,duk kat masjid bukan komen picture aku.ha nampak setan tu hasut aku kata kat org.tapi aku tau,mesti ramai kwn kwn aku doa aku kembali ke jalan yg benar sebab aku dulu bkn mcm tu.aku pun tau basic basic agama.aku mmg sedih sebab aku tgk kwn kwn sek ren semuanya berjaya tapi aku,jauh sangat,aku pun bknnya teruk sangat otak aku ni cuma tu la,salah pilih jalan...ok kat sini aku nak habaq pada yg belum ttp aurat,jgnlah kata yg pakai tudng tak baik,mmg setengah tu mcm tu,sebab depa cuma bertudung bukan TUTUP AURAT.konsep ttp aurat ni kena betul betul.lagipun bkn tudung yg salah,perangai manusia tu la...jgnla guna alasan ala aku xttp aurat tapi hati aku baik,ha ni ceramah aku dgr kat tanyalah ustaz,dia kata kalau hatinya baik,dia xkn langgar perintah Allah,jadi mcm mana dia boleh kata hati dia baik.jadi jgn terpedaya dgn hasutan syaitan ini..ingatlah,setan ni nak kita sama sama masuk neraka dgn dia..kalau kita pakai tdung,dia srh kita pakai baju ala ketat sikit takpa,kan kau ttp rambut,mcm mcm tipu daya dia buat...nak berfashion boleh tapi biar ikut hukum,tengok Diana amir,yg purdah tengok ANNABELLENASIR,dia berniqab tapi berfashion..semua atas orang..yg xttp aurat lak,bila org nasihat,terima dgn baik,bukannya org tu berlagak baik,tapi dia nasihat sebab rasa tanggungjawab,sebab rasa sayang dan nasihat itu semua sebenarnya dari Allah utk kita melalui depa.ingat tu...

Kedua,kepada yg bertutup pulak,janganlah kita ni menghina yg xttp aurat lagi,yg sexy lagi,kita berdoa baik baik utk dia.kita pun tatau apa jadi kat kita akn dtg,mana tau kita lagi teruk kan...hati ni senang ja dibolak balik kan,blh jadi haqi ni kita baik,esk tuptup jahat.sapa tau.jgn berlagak dgn ilmu dan diri kita,apa kita ada sebab semua tu Allah yg bagi...sedar diri juga kan...kita nasihat cara baik baik,lembut seba hati perempuan lembut,doa dia dapat Hidayah..

Kita ni perangai kita gila gila ka apa ka,kita still boleh berubah,yg gila gila tu ok apa,biaq bertempat kan,gila gila dgn kwn,family,bkn salah pun.xsemestinya bila ttp aurat kena sopan lemah lembut,dah kita keras,nk buat cmna kan.positif jala dgn apa yg berlaku.yg buruk tu,xkira dia sapa,kita doakan dia....xkira la dia bertudung ka apa ka,imam wali pun boleh tersesat apatah lagi manusia yg biasa,kita bersangka baik ja dgn setiap org ok..

Tapi kawan aku pernah cakap,xttp aurat takpa lagi,tapi kalau tak solat,semua amalan tak diterima sebab tu sapa yg nak berubah,biaqla mula dgn solat,kalau solat kita betoi,insyaAllah yg lain akan menyusul,aku sendiri solat dulu,kemudian Allah bagi hidayah terlintas nak pakai tudung,sikit sikit aku istiqamah..

Kalau satu pokok tu,buah dia busuk rosak,takkan esok lusa nak tumbuh yg xelok lagi kan,kita jaga,kita baja,siram elok elok,mcm tu jgk diri kita...kalau leka sat,kita biaq pokok tu mcm tu,last last pokok tu mati.mcm tu diri kita juga.jgn mati dgn sia sia...kita kalau nak jahat,biaq jht 100% sebab rugi nanti kalau baik 50,jht 50 nanti kat timbangan,kita paling tunggu lama sebab amal kita duk sama,ha org lain nk msk tempat masing masing,kita duk tunggu lagi,kan penat...nak baik pun,pulun jadi baik sungguh sungguh...jgn separuh separuh...istiqamah selalu...sebab setan mmg tgu masa nak tgk kita jatuh di lembah dosa bersama dia...kesian dia,kalau dia sujud kat Adam dulu,mesti xjd cmni kan.tapi dia xblh berpatah balik dah,kita boleh lagi...ada masa lagi selagi tak kiamat,selagi nyawa kat badan...aku sendiri pun jth bgn,belajaq balik,istiqamah selalu,dosa yg dulu banyak,yg skrg pun ada...masih cuba perbaiki diri..k,saja nak tulis semua ni.hehehe.adios...much love-Nur

Rabu, 31 Julai 2013

Kemaafan yang diberi tanpa dipinta

Assalamualaikum...macam malas nak tulis tapi nak tulis la.hihi...sebab orang termenung mcm aku ni,bukan ada benda nak buat.

Sempena nak raya ni,sesuai sangatlah kita bermaafan..act,bukan hari raya ja.terapkan sifat pemaaf dalam diri kita.memang susah,yalah,kalau orang bunuh hang,hang nak maafkan ka?maybe ada yg maafkan sebab dia tau Allah suka orang yg pemaaf.errr..tapi dah kena bunuh,bila masa nak maafkan...zzzzz...

Hmm..masa form 2,aku pernah tanya ustazah,boleh tak kita balas dendam ustazah?disebabkan sifat pendendam tumbuh dalam hati aku,tapi aku tak ingat lah aku dendam sapa time tu..abaikan..ustazah cakap,kalau org tu potong tangan kita,kita boleh potong tangan dia tapi tapi ha ada tapi tu,janganlah kita buat lebih sampai potong kerat 88..dan tapi juga,lebih baik maafkan orang tu sebab Allah suka hambanya yg pemaaf.aku diam ja dengar..

Aku memang dah cuba terapkan sifat pemaaf dalam diri sebab aku tau,memaafkan tu menenangkan,berdendam tu buat hati gusar.biaqlah maafkan pun,buat apa nak ego taknak maafkan..Allah ampunkan hambaNya,Rasul ampunkan umatnya,ibu ayah terima baik buruk,so kita terima dgn redha kesalahan org terhadap kita.alah,mcmlah kita ni takda salah kan?semua org pernah buat silap..

Tapi tapi,ada juga jenis yang buat salah pastu diam,tak mengaku,tak minta maaf contoh mcm adik aku.aku taktau nak ajaq budak ni mcm mana,geram pun ada kadang kadang tapi aku malas,penat keja lagi,mampu berdoa jala untuk dia...SABAR ja dulu kan...hmm..before tidoq pun,sebut la maafkan semua org yg ada buat salah dgn kita walaupun kita taktau,yalah,manala tau org mengumpat kita ka apa ka,sebut ja maaf..dan doa supaya org lain pon maafkan kita.ingat,Allah suka org pemaaf,jgn dendam dendam...

Allah memang sayang dgn org yg sabaq,so aku belajaq sabaq sebab aku bukan jenis sabaq sangat bila besaq ni,keja nak marah ja.memang susah,berapa kali aku terkandas,tapi lama lama aku try,ok la..biaqla org nak marah kita,kita jangan marah org.org pulak bila marah,sebut mcm mcm.pekakkan telinga ja,istigfar ja banyak banyak...

Cakap mcm senang ja kan nak tahan marah,hahaaha.memangla susah oi,sapa kata senang,dahla dgn setan yg suka hasut hasut lagi.sebab tu kena banyak istigfar..jgn ckp apa apa bila mrh,istigfar ja...bagi sejuk..memang Allah pun marah bila kita buat salah tapi tapi setelah kita menyedarinya,kita boleh minta maaf,kalau dgn org,beranikan diri jala mnta maaf,dia maaf or tak,belakang kira..

Ego,ni lagi satu.takpayahla kita nak ego,yalah,ohh dia marah aku,apa ingat dia sorang ja boleh marah,boleh mengamuk,kita tak boleh??tu la ego..hasut kita supaya jangan kalah..padahal org yg tahan sabaq,org yg MENANG ok...org yg hebat..gila tak hebat,kalau boleh sabaq mcm Rasulullah saw...memang kita bukan nabi tapi kita contohi akhlak dia,tak salahkan..maafkan lah sapapun,tak kira sapapun atau haiwan sekalipun,walaupun haiwan tatau cakap,dia berak ka apa ka,maafkan la,maafkan family,kwn,jiran,strangers dan lain-lain.

So mari bermaafan sesama kita,tak kira dgn Allah atau makhluk.Try rasa kemanisan jadi seorang yang sabaq dan pemaaf...Maafkan diri ini juga wahai semua,diri ini sedar diri ini banyak kesilapan dan melukakan hati orang lain tapi diri ini tak terlintas pun.Jika bukan hari ni anda maafkan saya,maafkan lah saya apabila saya sudah tiada.Moga disana saya tenang.Tolong juga minta maaf dekat org yg saya tak sempat minta maaf jika saya mati dulu...Selamat berbuka puasa.....

Isnin, 29 Julai 2013

Indahnya berpurdah/berniqab

Assalamualaikum,kesejukan aircond yang damai menembus kulit namun aku tetap rindukan kesejukan yang natural dari pokok pokok.Ok,takda motif pun.Mesti semua orang suka kan tengok org yg pakai purdah & teringin nak pakai?ka aku salah?aku tak pernah terfikir yg aku akan berpurdah,semua ni dgn rahmat Allah.Beza sangat aku yg dulu dan sekarang.Terjadinya detik detik ingin memakai apabila aku membaca poster dekat surau Cs time tu.Dia tulis pasai aurat.Memang aurat aku tunggang langgang lagi time tu.stokin tak pakai,tangan,baju ikut shape.Yela,aku baru berubah,aku tak kaya nak beli semua jubah bagai.aku cuma mix match baju lama aku yg boleh pakai tu pun sikit sangat.Ha tu la,dulu galok sangat beli baju tak cukup kain.Maka disitu terdetik hati aku,aku nak pakai mcm ni nanti tapi bila??aku taktau.

Aku tak search pasal purdah tapi aku mcm nampak mengenainya lalu aku klik.mungkin kuasa Allah.dalam blog tu,dia cita kawan dia tanya kenapa dia pakai purdah.aku dah tak ingat blog mana.dia kata,dia pakai sebab nak ikut sunnah Nabi,isteri Nabi pakai mcm ni.kwn dia kata,dlm Alquran takda pun suruh pakai.Dia kata,memang takda,tapi siapa Nabi?kekasih Allah kan?Jadi siapa kita nak menafikan sunnah kekasih Allah.aku tersentap,betoi apa yg dia cakap.lantas keinginan ku bertambah tambah lagi.

Aku sedih juga time tu sebab ada dua kawan aku tegur aurat aku sedangkan depa tatau,aku belum mampu nak beli semua tu.Aku bukan anak org kaya,dpt gaji beli tu,sat ja habis.gaji pun bukan ribu riban.kdg takdan beli apa,baru pi guardian beli shampu bagai,sat ja hbs.duit sekarang,makin kecik nilainya.aku diam,aku berdoa semoga hasrat aku ni nanti tercapai.

Kawan aku yg baik,dia hadiahkan aku niqab.Aku simpan ja sebab aku tak beli jubah lagi semua.pastu dah gaji,malam tu juga aku pi first lady beli jubah semua sebab nanti kalau tangguh,mesti beli benda lain dulu pastu duit habeh.alhamdulilah,first lady jubah dia murah murah.sesuai buat pakai hari hari.aku time tukaq keja  time tu sebab nak pakai purdah,aku keja la kedai hp,kedai kawan aku.start tu aku pakai.kekokla mula mula sebab nak makan kan,aku mmg tak buka.malas..lama lama ok.dah terror gitu.

Org yg tak kenai aku,selalu tanya aku sekolah agama mana la apala.hehehe.mungkin mentaliti rakyat Malaysia,org berpurdah ni budak sekolah agama ja,tak mcm dkt
arab,purdah,abaya,dah jadi mcm pakaian budaya mcm malaysia,pakaian budaya,baju kurung.tapi depends la,atas niat apa kita pakai.aku takut purdah akan menjadi trend saja nanti dimana nilainya hilang sama mcm tudung.kdg org pakai sebab trend saja.tak salah kalau trend diniatkan dgn ttp aurat sebetoinya.tapi muslimah sekalian,hati hati dgn tipu daya syaitan.kadang kita pakai,kita upload gambaq,syok org puji comel semua.better tak payah la upload kan.tapi aku pun upload tapi fb aku takda laki kecuali adik aku.ha selamat dah.haha.

Musuh aku tu pon,bila aku pakai purdah,terus kata,org pakai purdah tak semestinya baik.cis.haha.ada ja tak kena tapi biaq la.aku tak pernah rasa aku baik.aku tak rasa aku ni sempurna dah bila purdah,aku tetap aku yg gila gila,sewel kdg kdg.hehe.aku cuma nak memperbaiki diri aku.kita kita,situasi tak sama.aku banyak sangat dosa so aku kena usaha lebih.kena betul betul la kan.apapun,kalau nak pakai,niat la kerana Allah bukan sebab nak pujian.ada org pakai sebab depa cun sangat,tapi ni la sebab sebab aku.sebab aku hanya nak jadi wanita solehah kalau boleh.

Memang pakai purdah tak semestinya baik tapi ada kelebihannya.Pedulikan kata-kata negatif yang ada.Dekat akhirat nanti,syafaat Nabi Muhammad yang dpt bantu kita,bukan depa yg negatif tu pun.Tak pakai purdah pun takpa,tutuplah aurat,tu pun dah cukup baik.Slow slow berubah.Terima kasih Ya Allah atas hidayahMu. :')
copy rusydee artz.Suka tgk kartun dia,comel-comel.

Sabtu, 27 Julai 2013

Perbezaan Ap set & Original set

Assalamualaikum,selamat pagi.Wah,semangat aku nak tulis blog pepagi ni.Sekaran ni aku tengah amalkan jangan tidoq selepas subuh.hehe,sebabnya aku mmg suka tidoq balik lps subuh,yelah msk keja pukoi 11 so aku tidoq dulu la tapi sekarang aku dah cuba untuk tak tidoq balik demi perkembangan minda aku,errr...over.la dah pukoi 12 rupanya,haha,padahal hari ni aku msk keja pkl 9 pagi.awal ohh...

Ok,dari aku merepek lagi,disebabkan aku keja kedai handphone maka aku nak share la pasai hp sebab ada org tatau & mungkin dah tau.aku sendiri pun terpaksa ambik tau semua pasai hp sejak keja kedai hp.orang selalu takmau beli ap set.tu buat aku geram sebab yalah,nak harga murah so ambik jala ap set.dah original mahal.erghhh..tak paham aku.

AP set (Authorized Product) ialah handphone yang kualitinya sama dengan original tetapi diedarkan oleh supplier handphone yang bukan diiktiraf oleh company pengeluar handphone. Sebagai contoh company seperti Asia Mobile, uTNT dan VSCOM, menjadi supplier untuk handphone NOKIA tetapi bukan company yang diiktiraf oleh NOKIA sebagai pengedar yang sah.

Original set pula adalah handphone yang original dan diedarkan oleh pengedar NOKIA yang sah. Antara pengedar NOKIA yang diiktiraf adalah ZITHRON, AVAXX, Midland dan iMobile dan FMG adalah pengedar Samsung dan Motorola yang sah.

Dari segi kualiti, AP set adalah sama dengan original set. Ada company yang menjual AP set dengan companynya bertaraf ISO. Mereka boleh buktikan ini adalah set baru dari NOKIA tetapi AP.

Tidak dapat dinafikan ada peniaga yang mengambil untung dengan menukar set dalaman dan menjualnya dengan harga yang sama dengan set original dipanggil set recondition (atau recond).



Dari segi warranty, paling baru, AP set menawarkan warranty selama 15 BULAN untuk transceiver (mainboard/chipset) dan 12 BULANuntuk LCD. Hanya 1 BULAN warranty sahaja diberikan untuk battery dan chargar. Warranty pula adalah dari company supplier, bukan dari NOKIA.

Urusan membaik pulih telefon di dalam warranty oleh company seperti VSCOM, COMSAT dan Asia mobile diuruskan oleh syarikat baik pulih mereka sendiri atau yang mempunyai hubungan dengan syarikat mereka seperti Pacific Solution dan Future Technology. Kebiasaannya syarikat baikpulih handphone ini wujud berdekatan tetapi tidak semua.

Oleh itu, kalau jikalau beli AP set di Kuala Lumpur, pembeli kena menghantar set mereka yang rosak kembali ke Kuala Lumpur walaupun mereka telah berpindah ke Gopeng atau Senawang misalnya. Tak ada Pacific solution kat senawang untuk dihantar ke sana.

Warranty Original set pula datangnya dari Zithron atau company original yang lain. Warranty adalah selama 1 TAHUN termasuktrasceiver, LCD dan battery.Oleh kerana kita beli yang original, tentulah kita expect national warranty, jadi kalau kita beli kat Kuala Lumpur kita boleh hantar set kita yang rosak di mana mana kedai zithron yang berhampiran di negeri itu.
HARGA
Harga ap set adalah lebih murah dari original biasanya di dalam 10% - 30% lagi murah. Contohnya harga 6288 lebih kurang RM 650. Original 6288 zithron ialah RM 800+. Oleh itu, pembeli lebih berminat untuk membeli set AP disebabkan harganya.

Adakalanya set AP tiada pilihan dari segi warna. AP set kadangkala datang dengan hanya satu warna dan menyebabkan pilihan pelanggan menjadi sukar. Memang kadangkala terdapat warna yang diingini tetapi ia kadangkala datang dalam satu warna dalam satu batch.Sebagai contoh Nokia 6500s lebih senang untuk mendapat warna hitam dari silver. Kadang-kadang Nokia 2626 datang dengan warna biru sahaja sepanjang 2 minggu kemudian oren sahaja minggu yang seterusnya.

Okay yang tu aku copy paste blog org.so paham ke idok??ap set ni oy dari juga kan cuma dia warranty dari supplier.bukan company besaq mcm contoh hampa beli samsung ap set tapi warranty dia bukan dari SME.so kalau rosak hampa kena mai hantaq kedai yg hampa beli tu bukan pi samsung yg besaq lagi lawa dan megah yg ada di mall mall..beza warranty ja kot.alah,kalau beli ori,tgk tgk hp rosak pas warranty habeh,hampa mai repair kedai besa jugak sebab confirmla repair dkt SME mahai kan.nak tau kenapa ap set murah,ha la sebab tak payah bayaq sewa tapak yg mahai,buat iklan yg mahai,modai dia rendah,cam SME tu dia kena bayaq mcm mcm.so beza dia dkt situ.kalau aku kaya,aku pun boleh ja buka juai hp samsung under SME.mcm tu la lebih kurang.tapi ikot org la.kami ada juai ori set & ap set.nak beli mana satu pun boleh,ikut yg mana suka kan.mcm aku,aku bbeli ap set ja sebab murah dan jimat.hehehe.jadi sama jala,mcm bb,company besaq dia brighstar.kalau tak paham juga,pi google lain.mcm nokia,company besaq dia zitron.dulu aku ingat,ap set ni set tiruan la,tak ok la,so aku beli yg depa kata ori dan lagi mahai.zzz..dulu bukan duit aku so aku tak kesah,duit ex bf aku,err..kesian dia dapat gf yg mcm aku dulu.takpa,manusia berubah.hihi.awak,kalau awak baca,maafkan saya sebab selalu habiskan duit awak,aku tak minta nah,dia yg bagi.ahhh.melalut.tapi lepas aku keja kedai hp,aku dah paham,ap set tu set original jugak cuma company besaq mcm SME depa ada adakan cerita yg ap set ni tak baguih padahai kualiti sama ja wei.dgr dak.sama ja...hala,satgi kalau semua beli ap set,depa rugi la.haha.tapi aku tau,org kaya,mestila pi masuk mall,terus jalan pi kedai tulis besaq besaq SAMSUNG.hihi.tapi ikut org la kan.


Setakat ini sajalah,kalau nak tau apa apa pasai hp,bolehla tanya aku,jangan segan segan,yg mana aku tau,aku habaq.Nak beli hp pun,boleh caqi aku.Kedai aku tak juai memahai sebab sewa kedai kami murah.hihi.bos aku pulak melayu so dia tak cekik darah.kalau dia repair pun,dia ambik upah dia rm 5 mcm tu ja...aku pun terkesima.duit sparepart dia beli tu ja dia cas.ok,tata titi tutu.



Khamis, 25 Julai 2013

SAHABAT

Assalamualaikum & selamat petang,petang yg panas namun kita boleh pikiaq,ni baqu panas dunia,neraka nanti mcm mana la kan so muhasabah diri selalu la.Ni asyik cakap panasnya pun tak guna juga kan,cuba muhasabah diri,kan lagi baguih dari merungut.Ok,aku nak tulis pasai sahabat,kwn,teman,dll.Confirm semua org ada kawan kan,ka ada yg takda,kalau takda tu,errr..satu dalam sejuta tu.Erm,aku dah anggap kwn-kwn aku mcm adik beradik sendiri.Ada yg dulu pernah rapat but now terpisah atas faktor-faktor tertentu tapi sejujurnya,aku sentiasa ingat kawan-kawan aku.

First,yg aku kwn lama & rapat,mestilah zaty & kakngah tapi kakngah mmg lama sangat,kenai dari darjah dua sampai la.Zaty aku kenai masa first day sekolah menengah,sweet sangat bila ingat perkenalan kami cause first day,kami dah sembang mcm kenai setahun,disitu nampaknya ada kimia ok.Zaty ni baik,lembut,plg penting kemas & rajin,aku selalu ckp nak buat dia jadi madu aku sebab dia rajin.HAHA.Dia kenai baik buruk aku,masa kawan dgn dia,aku jap baik,jap jahat tapi dia sikit tak terpengaruh dgn aku & aku memang tak ajak kwn kwn aku jadi mcm aku.Plg baguih mak zaty,Ya Allah,mak dia ni mmg bukan mcm makcik-makcik lain la yg mcm makcik jenab ka senah,mak dia,Makcik Maziah yg mmg baik sangat even muka mak dia garang.Walaupun aku teruk,mak dia tak pernah halang aku kawan dgn dia.Yg menyentuh hati,mak dia tak bagi kami gaduh-gaduh sebab nak bagi aku masuk form 5 sampai habis.Syg mak zaty & zaty.Masa aku berubah ni,aku ada ckp dgn zaty,dosa aku ni mcm mana entah,tak berapa ingat,tapi zaty kata Allah Maha Pengampun,mesti diterima la.La ni zaty study poli so kami renggang sikit tapi sekali jumpa,sembang sampai ke malam pun boleh.Hehe..

Second,Huda.Aku dgn dia kenai masa form 4.Tatau mcm mana boleh rapat.Maybe sebab kami sekepala,gila-gila,suka buat keja gila dan bekerjasama selalu.Haha.Dia memang nakal tapi honestly dia sejuta kali lagi baik dari aku.Dulu selalu gaduh kat sekolah,dia selalu bela aku,aku ni walaupun lembut tapi sebab kawan,aku beranikan diri la jadi ganster taik kucing jap.haha.lawak & malu bila ingat tambah tambah part panjar pagar sekolah,kalau mak mentua tau,confirm taknak buat menantu tapi benda lama,biasala kan,semua org buat salah.kat kl,kami pernah duk sama-sama masa bulan posa thn lps,dia banyak tolong aku,kenangan kami memang banyak sangat la,baik ka buruk ka,memang banyak gila.Huda ni nampak ja keras tapi aku tau hati dia ada taman bunga ros.hehe.Aku masa baru berubah,aku tak habaq kat dia,aku takut dia tak mau kawan dgn aku tapi dia la byk sokong aku,kami ni even berjauhan tapi kami hari-hari msg,cita sana sini.Tapi aku ada sebab terpaksa diamkan diri,memangla sedih tapi demia kebaikan aku,so aku kena buat.Tapi aku tak pernah lupa hg Huda,aku sentiasa doakan hg.Aku yakin hg pun mampu berubah & kita sama-sama menuju ke syurga.Aku terbaca status huda & memang rasa terharu sangat.Hmm...Dia memang memahami aku.Love u Huda.

Seorang sahabat yg tak pernah jemu dengar rintihan hati ku..seorang sahabat yg selalu membantu ku..seorang shabat yg sntiasa menasihati ku...itu lah dia...alangkah bgus nya manusia2 yg bdoh di luar sna tau btapa bersih u kamu yg skrg..mereka yg tau menghina mengutuk..dan mengungkit kisah2 lama kamu saja..knpa bdoh bdoh..tuhan mungkin beri ujian yg sgt berat pd kamu...tp aku bangga dgn kamu kuat dan lakukan lbh yg terbaik..biarlah org di luar sana brebut2 muka aib kamu...tp iman hati mu tetap dan teguh dan memaafkan apa kata mreka thadap kamu..andai mereka tahu niat hati suci dan ikhlas kamu tu sudah berubah tdk kah mereka rasa bsalah..manusia diluar sna tdk boleh menerima mu.tp tuhan msh bole menerima nu..aku kagum dgn kamu..layu sayu ja dengar apa kata hati mu dan nasihat2 kamu pd aku..trima kasih syg..kau la shabat dunia dan akhirat..sebak hati ni dengar rintihan mu..tp aku kenal mu.walau apa cra pun aku tetap suport kamu.pduli kan manusia yg bdoh yg sntiasa mengkritik kamu tentang perubahan kamu tu.. — feeling sad.(Im so touching huda.hehe..lap aiq mata.)


Third,Hajar.Ni sahabat baru aku,kenai lama dah,masa aku kerja dekat wangsa maju tapi time tu tak rapat.Yelah,aku jahat lagi time tu.Start aku berubah,dia pun banyak sokong,aku banyak tanya soalan agama dekat dia.Tenang sangat dapat sahabat mcm ni.Dia comel mcm Almy Nadia.Dia selalu bagi semangat dekat aku,kami selalu berkongsi perasaan juga,err,,,hajar ni jiwang gila.zzz...haha..Ni dia baru send msg pesan jaga iman semua.how sweet...insyaAllah..raya nanti kita jumpa nah.tak sabaq nak sambut org jauh mai raya..


Nadia,mak buyung yg comel.HEHE.Nadia ni aku kenai dari huda,banyak kawan sp,aku kenai pada huda ja sebab duk ikut huda jumpa depa.Now nadia dah kawin 7 pregnant pun.Kami dulu selalu joging sama-sama.Rajinnya time tu jog,kalau sekarang,jog dlm mall jala.hehe,nadia pun berubah juga tapi dia memang baik dah.Dia selalu mai ambik aku bawak aku jalan-jalan,belanja makan,memang jenis nadia ni tak kedekut.Selalu sembang topik agama juga dan bermacam topik lagi.Sayang nadia yg ala-ala korea ni.tak sabaq tunggu baby dia keluaq,mesti comel mcm dia.



Sebenarnya aku ramai sangat kawan tapi tak rapat cuma baik.Yg mana rapat dulu pun dah tak rapat.Tapi takpalah,aku selalu doakan semua kawan-kawan aku.Minta maaf sapa yg kenai aku,aku pernah buat salah dan silap.Terima kasih yang pernah tolong aku dan pernah happy kan aku,kwn sek ren,Ecan,Nadhirah,Prema,Harith,Eizzan,Ira,semua kelas 6 jaya.Sek men,Fatin nabila,Dini,Aton,semua kelas 1khas,sek bedong,Fatin,Aliya,Eikin,Fazira,kwn sek gurun,ea,wan juwaini,semua kelas 5k1,5k2,semua form 5 la.hehe.kwn kwn sp,jaja,eija,suzi,fai,diana,kak ida,mastura,aina,kwn susah senang kat kl,eryn,rose yg selalu tumpangkan keta,mummy yg sama-sama menempuh detik susah bersama plg pntg ceramah aku time aku frust,haha,lawak,dll..yg mana laki pernah tolong aku,thanks juga..kak erin,kak zura,seman,banyak sangat la kwn aku sebenarnya.Wah bajet mcm depa nak baca.Walaupun tak contact,hampa dalam ingatan dan doa aku.Yg mana kawan dah jadi musuh,aku tak pernah benci hampa,aku dah lama maafkan ampa,semoga hampa juga maafkan aku.

Selasa, 23 Julai 2013

Anak luar nikah

Assalamualaikum MALAYSIA..Aku rasa rajin pulak nak menulis lepas sembang dengan aunty chinese ni.Dia supplier topup kami.Walaupun chinese tapi dia bagi nasihat bagai berkaitan mengandung sebelum kahwin.Perkara ni bukan ja org Islam risaukan tapi cina juga tau sebab benda ni berleluasa.Aunty cakap,u jangan percaya laki,diorang cakap manis,sweet talk semua,yg susah perempuan bila mengandung,ada lagi teruk buang anak,mak ayah marah pukoi sampai mati pun ada.Lelaki sedap saja,yg tanggung perempuan,sapa jaga baby,mak datuk nenek juga.kena penjara pun boleh.u kena hati hati la..Memang betoi apa yg aunty cakap.Ok,aku tak kata aku baik sangat sampai nak kutuk org yg beranak luar nikah cuma aku nak habaq yg mana tak terjadi lagi benda mcm ni,boleh berubah ok sebelum terjadinya benda mcm ni.Kesian kat baby tu nanti bila besar,mesti kena kutuk mcm mcm.hmm...Kalau nak sangat,kawin jala kan..Jangan buat mcm tu,yg nak tanggung malu mak ayah,nanti bila kita ada anak & anak kita buat mcm tu,ha baqu kita tau,kita rasa apa..Memang mak ayah kita tak buang kita bila jadi mcm ni,yelah mak ayah mana tak sayang anak dia tapi depa malu,bukan tak malu.takpalah,sapa yg dah terjadi,bertaubat la sungguh sungguh,Allah Maha Pengampun.mungkin ada hikmah setiap kejadian.Lagi satu,jangan kita nak sedap mulut mengata anak luar nikah,nak hina org bagai,mungkin org tu kena rogol ka apa,yg penting kita doakan mak & anak org tu,bahagia dunia akhirat,tu lagi bagus dari mengutuk.Selamat tinggal.

Isnin, 22 Julai 2013

Aib yang dijaja

Air mata jatuh,setitik demi setitik makin lama makin laju,makin lama sampai teresak-esak,sampai berhingus.Kenapa?Persoalan itu bermain di minda.Kenapa kau dan kau menghina aku?Membuka aib aku?Ya,aku memang hina,aku hamba yang banyak dosa tapi kenapa mesti pertikaikan.Aku lemah sekali.Aku memang dah lama tak dengar orang kutuk aku,sebab aku pun menjauhkan diri dari sesetengah orang.Aku sedih bila sampai tau tu motor aku,hampa tak mau repair,apa salah motor aku,dia bukan aku,dan aku memang malu sebab bos aku suruh hampa repair juga.Dia kata aku dah berubah.Aku hairan kenapa hampa kata aku ego,aku sombong dulu?sebab aku tak layan hampa ka?aku memang sombong dgn laki,yg aku okay ja aku kawan.Tapi aku kwn dgn semua orang,yg baik,yg jahat,kaya,miskin.Aku tak pernah rasa aku hot,cun sangat sampai nak kena pilih kawan.Aku memang tatau apa yg sebenarnya hampa maksudkan..Aku tak kesahlah hampa nak hina aku,hampa tau aib aku,buruk aku,cacat aku,sebab tu aku yg selayaknya.Aku tak nak pujian pun.Kutuklah aku kalau tu happy kan hampa.Hampa tau,sebab ada org mcm hampa ni la,manusia kat luar sana tak berubah,sebab mulut mcm hampa la,tau tak mengumpat tu lagi teruk dari 40 kali berzina,tau ka tak???aku memang tak kesah hampa nk caci aku,dari dulu aku jenis tak kesah mulut org,aku jahat,aku sorang sorang,hampa kata aku ahli neraka pun dulu,aku diam ja,buat pekak,la ni aku insaf,ampa kutuk yg lama,aku buat pekak juga.Sejujurnya aku tak kesah la wei..jaja la selagi larat.heran aku,kalau dpt duit,ferari ka,aku pun nak la juga jaja cerita sendiri tapi cuba tengok kiri kanan,ada malaikat duk catit ampa buat apa?dapat dosa ada la wei.Sudah sudahla tu.Aku tak kata jgn kutuk aku,tapi jangan mengumpat sesapapun,kita semua tak sempurna,hanya Dia berhak menilai.Bagi pada sapa yg baru nak taubat dan hadapi benda mcm ni,sila pekakkan telinga anda.Nak berubah biasala semua benda mcm ni,kena kuat,ingat Allah ja.Menyendiri lebih baik.Apapun terima kasih,syukur sangat dekat kawan-kawan aku yg tak pernah jemu support aku,walaupun tau aku buruk mcm mana.Tak malu kwn dgn aku.Aku hargai sangat hampa semua.Semoga bertemu di Jannah.InsyaAllah.:( Assalamualaikum. :)