Dengan kawin boleh dapat banyak pahala,nak2 dapat pulak anak solehah.memang dia doa kat kita la kan...mungkin sebab aku jumpa nadia hari tu,bahagia sangat tengok dia..dia tengah pregnant,sehari aku duk rumah dia sebab hujan tak boleh pi kerja,.kira dapat cuti la kan...ya allah,mak mentua dia dengan pak mentua dia memang baik.memang bertuah dia dapat mak mentua dan pak mentua yang baik.aku yg baru duk sehari pun dah terasa aura bahagia nya apatah lagi nadia yg dah kawin 10 bulan..alhamdulilah la kan..
lepas tu aku ada baca buku hantaran nadia.Tajuk dia Cinta kerana Allah.memang baguih gila buku tu tapi aku terasa blur sikit sebab aku belum kawin tapi baca buku mcm tu.haha.tapi isi dia serius best,aku rasa setiap orang patut baca.satu satu dia kupas,dengan bahasa yg ringkas tapi kita mudah faham.buku ni habaq cara step bahagia sampai ke tua...ya,tak kan kita nak bahagia time kita tengah muda,lawa ja kan.tapi aku dan baca sekerat ja...tu pun dah best,aku paksa nadia baca juga dan dia pun kata best...tapi rumah mak mentua nadia memang banyak buku,novel fuh boleh gila aku tengok.maklumlah org suka membaca mcm aku ni memang pantang tengok buku banyak banyak.
Bagi aku,perkahwinan tu suci kalau disulami dengan cinta padaNya bukan kerana nafsu semata.Bahagia sampai akhir hayat lalu bertemu di Syurga.Allah.indah sangat.tapi kan aku selalu negatif sikit bila pikiaq kawin.aku takut laki aku tak suka aku,badan aku tak lawa,muka aku ada jerawat bla bla.tapi buku tu cakap,inilah mentaliti Rakyat Malaysia dimana semua tu salah.tak semestinya begitu kan.tula,baik hampa pi baca buku tu.hehe.
oklah,motif aku cuma nak habaq buku tu best.haha.sila la beli dan baca takpun pinjam kat Nadia.hehe.Rm 30 ja kat popular.p/s suka tengok wawa zainal dengan aeril zafrel kawin.cantik gilos wawa bertudungSubhanallah,Alhamdulilah...
Inilah buku itu,please please baca buku ini.Serius best. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan