Isnin, 14 September 2015

Tips beli handphone secondhand

Assalamualaikum,hari ni rasa nak share pasal tips beli handphone secondhand..aku perasan yg byk view dekat blog ni pun bekaitan handphone..jadi memandangkan aku ni pekerja cemerlang kedai handphone,bolehlah aku share sikit sikit yang aku tau.Share ilmu kira sedekah juga kan..

Pertama,ofcourse la check keadaan badan dia..tengok calar semua tu..kalau calar banyak sangat,sah owner kurang jaga..atau owner jenis lasak.tapi kalau tak kisah calar,ok ja beli..nanti tukarlah baru..buh cover comel comel balik..

Kedua,bawa powerbank so boleh test charge hp tu..tengok power masuk okay ka tak..

Ketiga,masukkan simkad..cuba buat call keluar dan masuk..kalau ok,alhamdulilah..

Ke empat,pastikan pegang hp yang sama..setengah tu dia tukar bagi yang lain..tak pasal kena tipu..

Dan paling penting,jumpa face to face di tempat yang ramai orang...baru selamat..Jangan beli online sebab bahaya..banyak org kena tipu.
walaupun iklan tu tulis dia ada kedai,tetap tak boleh caya..aku pun banyak jual ftf ja...kalau org caya nak aku pos,aku pos..setakatni aku tak tipu orang lagi.huhu..dosa wei makan duit haram..tal berkat..

Apapun sebelumbeli hp,google dulu kelemahan hp tu..tak pun tgl opinion dkt gsm arena...sebab tiap hp ada lemahnya sama mcm manusia.nanti kita kata seller tipu tapi inilah kehidupan...iphone yg mahal pun ada kelemahan..

Sekian tips ringkas...Bagi aku,aku mmg suka beli hp second ja sebab tak membazir dan lagi murah..harga hp dahla makin turun..bkn makin naik.

Ha lupa..yg iphone lak,id lock jgn beli.bkn semua kedai blh repair..ada pun yg blh caj dia sampai 800 kot..gila mahal..

Ok tata..

Rabu, 29 April 2015

D Yan Chalet ,Tangga Kenari & Gunung Jerai

Assalamualaikum disini aku nak kongsi kisah percutian yang tak seberapa tapi bermakna juga bagi aku.

Aku dengan adik bongsu aku bermalam dekat titi hayun di D'YAN CHALET.Chalet yang lawa dan selesa.Semalam harga cuma Rm 75 untuk dua orang.Lepas tu adik aku ni ajak la panjat Gunung Jerai melalui tangga kenari.Aku memang dah malas dah sebab aku tak minat sangat aktiviti lasak ni.Tapi sebab kesian kat dia,aku pun on jela.Kami panjat pukul 3 petang yg mana dah lewat utk time panjat gunung.Aku memang dah pernah panjat masa sekolah menengah dulu.So rasa nya mcm ok la kot.

Punya la panjat sekerat dah semput.Muahaha..sebab tangga kot.memang penat.tinggi curam semua ada.adala jumpa kera ka monyet ntah.tapi nasibla depa tak kacau kami.Punya lah panjat sampai dah habis tangga dan bermula la jungle tracking gitu yg mana cuma kami dua org saja.Bahaya kan tapi aku memang jenis tak takut sangat sebab aku tau Allah ada jaga kami.Gitu...ya allah bila part masuk hutan ni,memang alahai xlaratnya rasa.dah tinggi curam kena panjat semua.jalan dah berbukit bukit.Adik aku memang asyik ajak patah balik ja tapi kakak dia ni kata alang2 dah panjat,biar sampai atas.Aku asyik cakap alah satgi sampai la.Sikit ja lagi padahal memang jauh lagi.Aku geram juga sebab dia asyik tanya bila nak sampai padahal dia yg ajak naik.Budak drjh lima kn.manala larat sgt kudrat dia.

Dan di pertengahan jalan,sedarlah dia kaki dia kena pacat.eeee gelinya aku.Aku pun ckp tu la duduk berhenti byk sgt.Aku dgn yakin nya aku xda pacat.Dan beberapa minit kemudian,aku check kaki aku dan ada juga lantas aku pun jerit zirah tolong buang saya geli.Aku tak tgk pun pacat kat kaki aku.Aku kalih belah lain.haha.geli la.aku tak suka benda lembik2 mcm tu.Maka aku cabutla stokin terus sebab pacat tu melekat juga xnak keluaq.Tapi aku usung juga stokin tu dgn kayu sebab pikir nti kaki aku nk ttp mcm mana.Aurat tu.

Dekat nak magrib dah,baru kami sampai atas.ya allah memang penat.dahla tu sampai atas tu kami sesat lagi..sebab jalan nak masuk hotel tu depa tutup.tapi bila dah malam,gelap kami terpaksa panggil abg yg kerja dlm tu bukakan pintu.nasibla dia tolong kami.Kami turun dgn van yg mmg duk naik atas bwk penumpang.Kesian pakcik tu bwk kami yg busuk ni..huhu.

Maka dgn itu,kami pulang semula chalet..terpaksa pgl ipah mai ambik kami htr pi chalet.haha.masa malam aku tidur,barula kaki aku terasa sakit.asyik jaga sebab kaki sakit.tiga hari jugak la kaki sakit.hahaha memang xnak dahla aku panjat.apapun aku suka sebab benda cmni ajar aku xputus asa.baru panjat gunung,jalan ats tititan sirat xtau lagi mcm mana kan.

Sapa yg suka aktiviti lasak ni,bolehlah cuba.4 jam masa untuk panjat..huhu..nikmatinya.:D
Depan chalet


Tangga kenari



cer zoom,ada pacat euww

Rabu, 25 Februari 2015

Lenovo S90 review

Assalamualaikum..sapa yg dah belek Lenovo S90 yang baru tu?yang bentuk mcm iphone 6 sikit..lawa kan..tergoda rasanya.

Sejak akhir akhir ni,negara China mengeluarkan pelbagai smartphone.Lenovo,Asus,Oppo,Vivo.Memang banyak dan harga murah.Terus Samsung macam jatuh sikit la.

Aku cuma nak review pasal S90 yang baru ni.First kamera dia.Kamera depan 8mp ada flash lagi.Tapi yang best,kamera dia tak payah camera 360 dah.Automatik muka jadi gebu,flawless,putih dan sebagainya dan buatkan owner dia syok sendiri..hahaha.kamera belakang 13mp.Ok kan.Oppo pun banyak kamera lawa tapi harga agak mahal.So harga Lenovo S90 ni dalam 700 kebawah ja.Yang 2 gb ram mahal sikit la.

Pastu proseccor dia pakai qualcomm snapdragon mcm kebanyakan hp samsung.Bukan mediatek.Tu la yg special juga.So kira ada standard la even hp china.Skrin pun super amoled.Memang nampak mahal la dan cantik skrin dia.

Internal 16gb tapi tak boleh tambah memory card.Ram ada yg 1 dan 2 gb.Okla tu kan..Bentuk la lawa.Ringan,nipis.Warna gold lawa.Size skrin 5 inci so sedap pegang.

Erm..aku bukan tau banyak sgt pun.Perempuan ni dia tengok kamera cantik or tak ja..Boleh selfie.Gitu...jadi pada yang nak beli,silakan beli.Aku sokong.Harga pun mampu milik.Tunggu lama lagi.Harga mesti murah sikit.Baru keluar ni biasalah mesti mahal kan.Tapi jgnlah expect harga jadi 100 ke apa..aku kadang heran bila org pm tanya aku ada hp murah2 x.Bagi aku semua hp mahai la.Mana ada murah.Tambah yg minta diskaun gila gila.Padahal modal hp tu pun mahai.sedih tau..huhu..

So sapa area Sungai Petani yg nak beli hp ni,boleh contact saya kat number 01123001197.Kedai 100 islam bumiputra.hihihi.