Isnin, 23 September 2013

Berbahagialah diuji :)

Assalamualaikum...disini aku ingin meng copy tulisan di dalam majalah AT TAQWA.


Apabila dianalisa,sebenarnya ujian positif lah yg banyak merosakkan berbanding ujian negatif.Saya bawakan contoh,katalah ada org kaya dan berkuasa diazab oleh Allah kerana kedurhakaannya.Dia hendak bahas, ' Wahai Tuhanku,aku kena azab ini kerana Engkau juga.Engkau bagi aku kaya!Engkau bagi aku kuasa!Sebab itu aku jadi jahat.Kalau Engkau tak jadikan aku kaya dan berkuasa,aku tak lah kena azab'.Lalu Allah memberi hujah dgn berkata 'Bukankah ada di kalangan org baik istana menjadi Raja?Nabi Sulaiman menjadi raja.Nabi Daud jadi raja.Nabi Muhammad jadi raja tapi mereka lebih baik dari engkau.

Ada org miskin juga masuk ke neraka.Mereka berhujah dgn Allah 'Macam mana aku tak jahat,Engkau miskinkan aku.Aku nak makan terpaksa mencuri,terpaksa menipu.Kalau aku kaya,tak lah jadi begitu.Lalu Allah memberi hujah dgn berkata 'Engkau lebih miskin atau Nabi Muhammad lebih miskin?Dia jauh lebih miskin dari engkau,tapi dia jauh lebih baik dari engkau..

Jadi setiap apa yg berlaku di dunia ini adalah merupakan ujian.Sekiranya kita tidak kuat rasa bertuhan,tidak takut dan cintakan Allah,tidak memandang besar akhirat,maka kita akan tewas dgn apa bentuk ujian pun sama ada positif atau negatif.Kaya pun tewas,Miskin pun tewas.Berkuasa pun tewas.Tak berkuasa juga tewas.

Sebab itu Allah adalah yg terpenting dalam hidup kita.Besarkan akhirat itu penting suapaya apa bentuk ujian yg melanda,tidak akan menjejaskan kita dan tidak mengubah pendirian kita.Org yg takut dan cintakan Allah kalau mereka kaya,makin banyak harta maka makin banyak kebaikan yg mereka akan buat seperti menolong org,bersedekah,membela org dan menyelamatkan org.

Kalau org miskin,susah,sakit,menderita,kalau mereka takut dan cintakan Allah,pahalanya berbeza-beza.Kalau mereka tidak mendapat nikmat dan tidak dapat menolong orang,kalau mereka redha,maka mereka mendapat pahala besar.Sekiranya sabar,Allah beri hadiah tidak terkira 'bighairi hisaab'.Maka mereka sudah kalah mengalahkan org kaya yg paling kaya.Org miskin apabila nampak ada org jual durian,tetapi tidak mampu beli hingga cicir air liur,maka Allah ampunkan dosanya.Itulah penghapusan dosa,tanda rahmat dan kasih sayang Allah kepada hamba-hambaNya.Maha Adilnya Allah.

Ada dikalangan kita yg beribadah kerana fadhilat dan mengekehemdaki pahala yg banyak tetapi sebenarnya yg lebih banyak mendapat gandaan pahala adalah dgn 'tidak melakukan ibadah'.Sebenarnya pahala yg banyak apabila diuji dgn kesakitan.Sebab itu para Rasul tidak merasa susah dengan kesakitan.Untuk mendapat pahala yg banyak adakah kita larat sembahyang 1000 rakaat sehari?Maka sekiranya diuji dengan kesakitan hendaklah sabar dan redha,disitu lebih banyak pahala.

Sama juga contohnya dgn org miskin yg teringin dengan sesuatu barang atau makanan,tapi tidak mampu membelinya.Disitulah keampunan Allah.Selalunya kita kata,'kenapa Allah buat begini?' Percayalah,Allah lakukan semua itu untuk memberi kita pahala.Para suami,ketahuilah bahawa isteri yg sering membebel dan meyakitkan itu juga pahala.Sekiranya isteri celupar mulut,kata pada mereka elok elok selembut bahasa,'Pahala abang dicatit.Cakaplah lagi,janganlah berhenti lagi,Inilah income dan saham abang.'.Lama kelamaan isteri malu sendiri.Itulah yg berlaku sekiranya kita faham kerja Tuhan,kita akan seronok dan bahagia menerima ujian Allah.
¬Berbahagialah diuji¬:)

Okay,dah lama aku tertangguh nak copy ayat dalam Majalah ni.Act,masa aku baca bab ni,meleleh juga la aiq mata ku ini,yala sebab aku ni kdg kdg suka complain juga bila diuji.Haishhhh...aku harap aku lebih kuat selepas ini...Insya Allah kan....Doakan yg terbaik untuk semua.Amin.....

Rabu, 4 September 2013

Tak tutup aurat vs Tutup aurat

Assalamualaikum,ha dah lama aku nak kupas bab ni.Bab yg agak sekali didengar.Iaitu tuduh menuduh mungkin.

Pertama,org yg tak tutup aurat,akan mengata mcm la yg pakai tudung baik sangat,ramai ja buat dosa,aku dulu walaupun xttp aurat,aku xberani guna ayat ni,aku xpandang pada tudung tapi aku pandang baik buruk seseorang,aku selalu ckp,biasala setiap org ada baik buruknya.tapi aku dulu mmg panas hati bila laki laki komen picture aku mcm apa lagi...pfffttt...mmg aku block teruih la kan.haha.sebab aku tak suka.kat sini depa salah,mmg kita wajib tegur org tapi bknlah komen dkt picture org tu,inbox la dia.kalau tegur org tapi sakitkan hati org,pun salah jugak...aku cuma respect ifa ja time tu,sebab dia inbox aku dgn kata kata lembut dan pujian,ha mcm tu la nk tarik org...dia berilmu sebab tu cara dia baguih ataupun sebab ifa mmg jns lembut..aku dgn dia pun bknnya rapat cuma kwn sek ren,satu kelas,so mgkn sebab rasa tanggungjawab,ifa tegur aku.aku ikut atau tak,belakang kira...yg penting dia dah lepas bab tanggungjawab..ha tgk bila ifa tegur baik baik,ada ka aku maki dia??tak kan,aku reply ja baik baik,tapi aku malu so aku pusing topik tanya bab dia belajaq kat mesir mcm mana.hahaha.walaupun aku jahil,tapi aku approve jgk kwn kwn sek ren.tapi bila laki laki mcm apa gi komen,maunya aku xupdate status,kalau baik sgt,duk kat masjid bukan komen picture aku.ha nampak setan tu hasut aku kata kat org.tapi aku tau,mesti ramai kwn kwn aku doa aku kembali ke jalan yg benar sebab aku dulu bkn mcm tu.aku pun tau basic basic agama.aku mmg sedih sebab aku tgk kwn kwn sek ren semuanya berjaya tapi aku,jauh sangat,aku pun bknnya teruk sangat otak aku ni cuma tu la,salah pilih jalan...ok kat sini aku nak habaq pada yg belum ttp aurat,jgnlah kata yg pakai tudng tak baik,mmg setengah tu mcm tu,sebab depa cuma bertudung bukan TUTUP AURAT.konsep ttp aurat ni kena betul betul.lagipun bkn tudung yg salah,perangai manusia tu la...jgnla guna alasan ala aku xttp aurat tapi hati aku baik,ha ni ceramah aku dgr kat tanyalah ustaz,dia kata kalau hatinya baik,dia xkn langgar perintah Allah,jadi mcm mana dia boleh kata hati dia baik.jadi jgn terpedaya dgn hasutan syaitan ini..ingatlah,setan ni nak kita sama sama masuk neraka dgn dia..kalau kita pakai tdung,dia srh kita pakai baju ala ketat sikit takpa,kan kau ttp rambut,mcm mcm tipu daya dia buat...nak berfashion boleh tapi biar ikut hukum,tengok Diana amir,yg purdah tengok ANNABELLENASIR,dia berniqab tapi berfashion..semua atas orang..yg xttp aurat lak,bila org nasihat,terima dgn baik,bukannya org tu berlagak baik,tapi dia nasihat sebab rasa tanggungjawab,sebab rasa sayang dan nasihat itu semua sebenarnya dari Allah utk kita melalui depa.ingat tu...

Kedua,kepada yg bertutup pulak,janganlah kita ni menghina yg xttp aurat lagi,yg sexy lagi,kita berdoa baik baik utk dia.kita pun tatau apa jadi kat kita akn dtg,mana tau kita lagi teruk kan...hati ni senang ja dibolak balik kan,blh jadi haqi ni kita baik,esk tuptup jahat.sapa tau.jgn berlagak dgn ilmu dan diri kita,apa kita ada sebab semua tu Allah yg bagi...sedar diri juga kan...kita nasihat cara baik baik,lembut seba hati perempuan lembut,doa dia dapat Hidayah..

Kita ni perangai kita gila gila ka apa ka,kita still boleh berubah,yg gila gila tu ok apa,biaq bertempat kan,gila gila dgn kwn,family,bkn salah pun.xsemestinya bila ttp aurat kena sopan lemah lembut,dah kita keras,nk buat cmna kan.positif jala dgn apa yg berlaku.yg buruk tu,xkira dia sapa,kita doakan dia....xkira la dia bertudung ka apa ka,imam wali pun boleh tersesat apatah lagi manusia yg biasa,kita bersangka baik ja dgn setiap org ok..

Tapi kawan aku pernah cakap,xttp aurat takpa lagi,tapi kalau tak solat,semua amalan tak diterima sebab tu sapa yg nak berubah,biaqla mula dgn solat,kalau solat kita betoi,insyaAllah yg lain akan menyusul,aku sendiri solat dulu,kemudian Allah bagi hidayah terlintas nak pakai tudung,sikit sikit aku istiqamah..

Kalau satu pokok tu,buah dia busuk rosak,takkan esok lusa nak tumbuh yg xelok lagi kan,kita jaga,kita baja,siram elok elok,mcm tu jgk diri kita...kalau leka sat,kita biaq pokok tu mcm tu,last last pokok tu mati.mcm tu diri kita juga.jgn mati dgn sia sia...kita kalau nak jahat,biaq jht 100% sebab rugi nanti kalau baik 50,jht 50 nanti kat timbangan,kita paling tunggu lama sebab amal kita duk sama,ha org lain nk msk tempat masing masing,kita duk tunggu lagi,kan penat...nak baik pun,pulun jadi baik sungguh sungguh...jgn separuh separuh...istiqamah selalu...sebab setan mmg tgu masa nak tgk kita jatuh di lembah dosa bersama dia...kesian dia,kalau dia sujud kat Adam dulu,mesti xjd cmni kan.tapi dia xblh berpatah balik dah,kita boleh lagi...ada masa lagi selagi tak kiamat,selagi nyawa kat badan...aku sendiri pun jth bgn,belajaq balik,istiqamah selalu,dosa yg dulu banyak,yg skrg pun ada...masih cuba perbaiki diri..k,saja nak tulis semua ni.hehehe.adios...much love-Nur