Isnin, 23 September 2013

Berbahagialah diuji :)

Assalamualaikum...disini aku ingin meng copy tulisan di dalam majalah AT TAQWA.


Apabila dianalisa,sebenarnya ujian positif lah yg banyak merosakkan berbanding ujian negatif.Saya bawakan contoh,katalah ada org kaya dan berkuasa diazab oleh Allah kerana kedurhakaannya.Dia hendak bahas, ' Wahai Tuhanku,aku kena azab ini kerana Engkau juga.Engkau bagi aku kaya!Engkau bagi aku kuasa!Sebab itu aku jadi jahat.Kalau Engkau tak jadikan aku kaya dan berkuasa,aku tak lah kena azab'.Lalu Allah memberi hujah dgn berkata 'Bukankah ada di kalangan org baik istana menjadi Raja?Nabi Sulaiman menjadi raja.Nabi Daud jadi raja.Nabi Muhammad jadi raja tapi mereka lebih baik dari engkau.

Ada org miskin juga masuk ke neraka.Mereka berhujah dgn Allah 'Macam mana aku tak jahat,Engkau miskinkan aku.Aku nak makan terpaksa mencuri,terpaksa menipu.Kalau aku kaya,tak lah jadi begitu.Lalu Allah memberi hujah dgn berkata 'Engkau lebih miskin atau Nabi Muhammad lebih miskin?Dia jauh lebih miskin dari engkau,tapi dia jauh lebih baik dari engkau..

Jadi setiap apa yg berlaku di dunia ini adalah merupakan ujian.Sekiranya kita tidak kuat rasa bertuhan,tidak takut dan cintakan Allah,tidak memandang besar akhirat,maka kita akan tewas dgn apa bentuk ujian pun sama ada positif atau negatif.Kaya pun tewas,Miskin pun tewas.Berkuasa pun tewas.Tak berkuasa juga tewas.

Sebab itu Allah adalah yg terpenting dalam hidup kita.Besarkan akhirat itu penting suapaya apa bentuk ujian yg melanda,tidak akan menjejaskan kita dan tidak mengubah pendirian kita.Org yg takut dan cintakan Allah kalau mereka kaya,makin banyak harta maka makin banyak kebaikan yg mereka akan buat seperti menolong org,bersedekah,membela org dan menyelamatkan org.

Kalau org miskin,susah,sakit,menderita,kalau mereka takut dan cintakan Allah,pahalanya berbeza-beza.Kalau mereka tidak mendapat nikmat dan tidak dapat menolong orang,kalau mereka redha,maka mereka mendapat pahala besar.Sekiranya sabar,Allah beri hadiah tidak terkira 'bighairi hisaab'.Maka mereka sudah kalah mengalahkan org kaya yg paling kaya.Org miskin apabila nampak ada org jual durian,tetapi tidak mampu beli hingga cicir air liur,maka Allah ampunkan dosanya.Itulah penghapusan dosa,tanda rahmat dan kasih sayang Allah kepada hamba-hambaNya.Maha Adilnya Allah.

Ada dikalangan kita yg beribadah kerana fadhilat dan mengekehemdaki pahala yg banyak tetapi sebenarnya yg lebih banyak mendapat gandaan pahala adalah dgn 'tidak melakukan ibadah'.Sebenarnya pahala yg banyak apabila diuji dgn kesakitan.Sebab itu para Rasul tidak merasa susah dengan kesakitan.Untuk mendapat pahala yg banyak adakah kita larat sembahyang 1000 rakaat sehari?Maka sekiranya diuji dengan kesakitan hendaklah sabar dan redha,disitu lebih banyak pahala.

Sama juga contohnya dgn org miskin yg teringin dengan sesuatu barang atau makanan,tapi tidak mampu membelinya.Disitulah keampunan Allah.Selalunya kita kata,'kenapa Allah buat begini?' Percayalah,Allah lakukan semua itu untuk memberi kita pahala.Para suami,ketahuilah bahawa isteri yg sering membebel dan meyakitkan itu juga pahala.Sekiranya isteri celupar mulut,kata pada mereka elok elok selembut bahasa,'Pahala abang dicatit.Cakaplah lagi,janganlah berhenti lagi,Inilah income dan saham abang.'.Lama kelamaan isteri malu sendiri.Itulah yg berlaku sekiranya kita faham kerja Tuhan,kita akan seronok dan bahagia menerima ujian Allah.
¬Berbahagialah diuji¬:)

Okay,dah lama aku tertangguh nak copy ayat dalam Majalah ni.Act,masa aku baca bab ni,meleleh juga la aiq mata ku ini,yala sebab aku ni kdg kdg suka complain juga bila diuji.Haishhhh...aku harap aku lebih kuat selepas ini...Insya Allah kan....Doakan yg terbaik untuk semua.Amin.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan