Assalamualaikum,saja nak hupdate.mcm rajin ja,mcm malas ja,mcm rjn ja.haha.act,thn lps,tarikh hari ni,aku dah start bertudung.jap ja masa berlalu,alhamdulilah masih kekal dalam hidayahNya.terima Ya Rab.
Aku nk ckp pasal pujian.Sapa tak suka kena puji kan,aku pun suka,kekadang puji diri sendiri tu pun bila ambil gambaq dgn camera 360 pastu feeling cun cun gitu.haha.Ramai org sekarang cantik,ada duit semua boleh jadi cantik,cantik semulajadi tak tau la sapa kan..artis yg lawa semulajadi yg kacuk2 tu la kan sebab depa kacuk muka kulit semua lawa...ada ja gds kampung yg ayu lagi lawa.Tapi lama tak jumpa sebab gds kampung dah uptodate sekarang ni...apa aku merapu.
Boleh ja nak puji tapi niat kita tu,bila kita puji,sila tengok sapa yg cipta ok?Sapa murid murid??Ya,kamu yg gigit lolipop tu apa jwpn dia?Allah cikgu.Ha bijak geliga otak kamu.Ok,so sambil puji,renung dalam dan sebut Subhanallah baqu betoi.Kita puji sebab Allah bukan sebab makhluk tu.Sambil puji,pahala pun dpt.Jgn puji sebab tak ikhlas,sebab nak bodek,sebab nak ngorat dan sebab2 yg tersembunyi yg lain.
Ok,pada yg dipuji,tak payah nak kembang semangkuk sangatla kan..Ingat la,kita ni hamba yg hina.Jgn duk bangga la.Apa ada pada kita,pinjaman semata.Allah yg bagi,tu Dia punya.Sedaq diri sama nah sambil ucaplah Alhamdulilah selalu tanda syukur Allah bagi nikmat yg melimpah meletup mcm candy crush tengah meletup tu.
Jgnlah kita bangga apabila dipuji,riak ujub dan yg lain.Kdg kdg memang wujud manusia yg jenis suka menunjuk apa dia ada,tapi tu la,doakan saja mereka dapat Hidayah ataupun bersangka baik mereka hanya mahu kongsi rasa itu.Semak diri balik,mana tau konon niat elok pastu setan hasut jadi tak elok,ngada tau iblis ni suka hasut hasut,cubit kang.errr...
Apa aku tulis,tak tuju dekat sapa tapi kat diri sendiri yg banyak belajar dalam tempoh kehidupan ini.Aku la ni ada penyakit suka jeles dekat org lawa,cantik,pastu terus aku beletiaq dkt nafsu no no jgn camni.Baik aku jeles dekat Rabiatul Adawiyah then buat amalan bebanyak baru betoi.
p/s-Yg kekal cantik hanya di Syurga.:) peace
Tiada ulasan:
Catat Ulasan