Sabtu, 27 Julai 2013

Perbezaan Ap set & Original set

Assalamualaikum,selamat pagi.Wah,semangat aku nak tulis blog pepagi ni.Sekaran ni aku tengah amalkan jangan tidoq selepas subuh.hehe,sebabnya aku mmg suka tidoq balik lps subuh,yelah msk keja pukoi 11 so aku tidoq dulu la tapi sekarang aku dah cuba untuk tak tidoq balik demi perkembangan minda aku,errr...over.la dah pukoi 12 rupanya,haha,padahal hari ni aku msk keja pkl 9 pagi.awal ohh...

Ok,dari aku merepek lagi,disebabkan aku keja kedai handphone maka aku nak share la pasai hp sebab ada org tatau & mungkin dah tau.aku sendiri pun terpaksa ambik tau semua pasai hp sejak keja kedai hp.orang selalu takmau beli ap set.tu buat aku geram sebab yalah,nak harga murah so ambik jala ap set.dah original mahal.erghhh..tak paham aku.

AP set (Authorized Product) ialah handphone yang kualitinya sama dengan original tetapi diedarkan oleh supplier handphone yang bukan diiktiraf oleh company pengeluar handphone. Sebagai contoh company seperti Asia Mobile, uTNT dan VSCOM, menjadi supplier untuk handphone NOKIA tetapi bukan company yang diiktiraf oleh NOKIA sebagai pengedar yang sah.

Original set pula adalah handphone yang original dan diedarkan oleh pengedar NOKIA yang sah. Antara pengedar NOKIA yang diiktiraf adalah ZITHRON, AVAXX, Midland dan iMobile dan FMG adalah pengedar Samsung dan Motorola yang sah.

Dari segi kualiti, AP set adalah sama dengan original set. Ada company yang menjual AP set dengan companynya bertaraf ISO. Mereka boleh buktikan ini adalah set baru dari NOKIA tetapi AP.

Tidak dapat dinafikan ada peniaga yang mengambil untung dengan menukar set dalaman dan menjualnya dengan harga yang sama dengan set original dipanggil set recondition (atau recond).



Dari segi warranty, paling baru, AP set menawarkan warranty selama 15 BULAN untuk transceiver (mainboard/chipset) dan 12 BULANuntuk LCD. Hanya 1 BULAN warranty sahaja diberikan untuk battery dan chargar. Warranty pula adalah dari company supplier, bukan dari NOKIA.

Urusan membaik pulih telefon di dalam warranty oleh company seperti VSCOM, COMSAT dan Asia mobile diuruskan oleh syarikat baik pulih mereka sendiri atau yang mempunyai hubungan dengan syarikat mereka seperti Pacific Solution dan Future Technology. Kebiasaannya syarikat baikpulih handphone ini wujud berdekatan tetapi tidak semua.

Oleh itu, kalau jikalau beli AP set di Kuala Lumpur, pembeli kena menghantar set mereka yang rosak kembali ke Kuala Lumpur walaupun mereka telah berpindah ke Gopeng atau Senawang misalnya. Tak ada Pacific solution kat senawang untuk dihantar ke sana.

Warranty Original set pula datangnya dari Zithron atau company original yang lain. Warranty adalah selama 1 TAHUN termasuktrasceiver, LCD dan battery.Oleh kerana kita beli yang original, tentulah kita expect national warranty, jadi kalau kita beli kat Kuala Lumpur kita boleh hantar set kita yang rosak di mana mana kedai zithron yang berhampiran di negeri itu.
HARGA
Harga ap set adalah lebih murah dari original biasanya di dalam 10% - 30% lagi murah. Contohnya harga 6288 lebih kurang RM 650. Original 6288 zithron ialah RM 800+. Oleh itu, pembeli lebih berminat untuk membeli set AP disebabkan harganya.

Adakalanya set AP tiada pilihan dari segi warna. AP set kadangkala datang dengan hanya satu warna dan menyebabkan pilihan pelanggan menjadi sukar. Memang kadangkala terdapat warna yang diingini tetapi ia kadangkala datang dalam satu warna dalam satu batch.Sebagai contoh Nokia 6500s lebih senang untuk mendapat warna hitam dari silver. Kadang-kadang Nokia 2626 datang dengan warna biru sahaja sepanjang 2 minggu kemudian oren sahaja minggu yang seterusnya.

Okay yang tu aku copy paste blog org.so paham ke idok??ap set ni oy dari juga kan cuma dia warranty dari supplier.bukan company besaq mcm contoh hampa beli samsung ap set tapi warranty dia bukan dari SME.so kalau rosak hampa kena mai hantaq kedai yg hampa beli tu bukan pi samsung yg besaq lagi lawa dan megah yg ada di mall mall..beza warranty ja kot.alah,kalau beli ori,tgk tgk hp rosak pas warranty habeh,hampa mai repair kedai besa jugak sebab confirmla repair dkt SME mahai kan.nak tau kenapa ap set murah,ha la sebab tak payah bayaq sewa tapak yg mahai,buat iklan yg mahai,modai dia rendah,cam SME tu dia kena bayaq mcm mcm.so beza dia dkt situ.kalau aku kaya,aku pun boleh ja buka juai hp samsung under SME.mcm tu la lebih kurang.tapi ikot org la.kami ada juai ori set & ap set.nak beli mana satu pun boleh,ikut yg mana suka kan.mcm aku,aku bbeli ap set ja sebab murah dan jimat.hehehe.jadi sama jala,mcm bb,company besaq dia brighstar.kalau tak paham juga,pi google lain.mcm nokia,company besaq dia zitron.dulu aku ingat,ap set ni set tiruan la,tak ok la,so aku beli yg depa kata ori dan lagi mahai.zzz..dulu bukan duit aku so aku tak kesah,duit ex bf aku,err..kesian dia dapat gf yg mcm aku dulu.takpa,manusia berubah.hihi.awak,kalau awak baca,maafkan saya sebab selalu habiskan duit awak,aku tak minta nah,dia yg bagi.ahhh.melalut.tapi lepas aku keja kedai hp,aku dah paham,ap set tu set original jugak cuma company besaq mcm SME depa ada adakan cerita yg ap set ni tak baguih padahai kualiti sama ja wei.dgr dak.sama ja...hala,satgi kalau semua beli ap set,depa rugi la.haha.tapi aku tau,org kaya,mestila pi masuk mall,terus jalan pi kedai tulis besaq besaq SAMSUNG.hihi.tapi ikut org la kan.


Setakat ini sajalah,kalau nak tau apa apa pasai hp,bolehla tanya aku,jangan segan segan,yg mana aku tau,aku habaq.Nak beli hp pun,boleh caqi aku.Kedai aku tak juai memahai sebab sewa kedai kami murah.hihi.bos aku pulak melayu so dia tak cekik darah.kalau dia repair pun,dia ambik upah dia rm 5 mcm tu ja...aku pun terkesima.duit sparepart dia beli tu ja dia cas.ok,tata titi tutu.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan