Rabu, 29 April 2015

D Yan Chalet ,Tangga Kenari & Gunung Jerai

Assalamualaikum disini aku nak kongsi kisah percutian yang tak seberapa tapi bermakna juga bagi aku.

Aku dengan adik bongsu aku bermalam dekat titi hayun di D'YAN CHALET.Chalet yang lawa dan selesa.Semalam harga cuma Rm 75 untuk dua orang.Lepas tu adik aku ni ajak la panjat Gunung Jerai melalui tangga kenari.Aku memang dah malas dah sebab aku tak minat sangat aktiviti lasak ni.Tapi sebab kesian kat dia,aku pun on jela.Kami panjat pukul 3 petang yg mana dah lewat utk time panjat gunung.Aku memang dah pernah panjat masa sekolah menengah dulu.So rasa nya mcm ok la kot.

Punya la panjat sekerat dah semput.Muahaha..sebab tangga kot.memang penat.tinggi curam semua ada.adala jumpa kera ka monyet ntah.tapi nasibla depa tak kacau kami.Punya lah panjat sampai dah habis tangga dan bermula la jungle tracking gitu yg mana cuma kami dua org saja.Bahaya kan tapi aku memang jenis tak takut sangat sebab aku tau Allah ada jaga kami.Gitu...ya allah bila part masuk hutan ni,memang alahai tak laratnya rasa.dah tinggi curam kena panjat semua.jalan dah berbukit bukit.Adik aku memang asyik ajak patah balik ja tapi kakak dia ni kata alang2 dah panjat,biar sampai atas.Aku asyik cakap alah satgi sampai la.Sikit ja lagi padahal memang jauh lagi.Aku geram juga sebab dia asyik tanya bila nak sampai padahal dia yg ajak naik.Budak darjah lima kn.manala larat sangat kudrat dia.

Dan di pertengahan jalan,sedarlah dia kaki dia kena pacat.eeee gelinya aku.Aku pun cakap tu la duduk berhenti banyak sangat.Aku dengan yakin nya aku takda pacat.Dan beberapa minit kemudian,aku check kaki aku dan ada juga lantas aku pun jerit zirah tolong buang saya geli.Aku tak tgk pun pacat kat kaki aku.Aku kalih belah lain.haha.geli la.aku tak suka benda lembik2 mcm tu.Maka aku cabutla stokin terus sebab pacat tu melekat juga taknak keluaq.Tapi aku usung juga stokin tu dengan kayu sebab pikir nanti kaki aku nak tutup macam mana.Aurat tu.

Dekat nak magrib dah,baru kami sampai atas.ya allah memang penat.dahla tu sampai atas tu kami sesat lagi..sebab jalan nak masuk hotel tu depa tutup.tapi bila dah malam,gelap kami terpaksa panggil abang yang kerja dalam tu bukakan pintu.nasibla dia tolong kami.Kami turun dgn van yg memang duk naik atas bawa penumpang.Kesian pakcik tu bawa kami yang busuk ni..huhu.

Maka dengan itu,kami pulang semula chalet..terpaksa panggil ipah mai ambik kami hantar pi chalet.haha.masa malam aku tidur,barula kaki aku terasa sakit.asyik jaga sebab kaki sakit.tiga hari jugak la kaki sakit.hahaha memang taknak dahla aku panjat.apapun aku suka sebab benda camni ajar aku tak putus asa.baru panjat gunung,jalan atas tititan sirat taktau lagi macam mana kan.

Sapa yang suka aktiviti lasak ni,bolehlah cuba.4 jam masa untuk panjat..huhu..nikmatinya.:D
Depan chalet


Tangga kenari



cer zoom,ada pacat euww