Rabu, 29 April 2015

D Yan Chalet ,Tangga Kenari & Gunung Jerai

Assalamualaikum disini aku nak kongsi kisah percutian yang tak seberapa tapi bermakna juga bagi aku.

Aku dengan adik bongsu aku bermalam dekat titi hayun di D'YAN CHALET.Chalet yang lawa dan selesa.Semalam harga cuma Rm 75 untuk dua orang.Lepas tu adik aku ni ajak la panjat Gunung Jerai melalui tangga kenari.Aku memang dah malas dah sebab aku tak minat sangat aktiviti lasak ni.Tapi sebab kesian kat dia,aku pun on jela.Kami panjat pukul 3 petang yg mana dah lewat utk time panjat gunung.Aku memang dah pernah panjat masa sekolah menengah dulu.So rasa nya mcm ok la kot.

Punya la panjat sekerat dah semput.Muahaha..sebab tangga kot.memang penat.tinggi curam semua ada.adala jumpa kera ka monyet ntah.tapi nasibla depa tak kacau kami.Punya lah panjat sampai dah habis tangga dan bermula la jungle tracking gitu yg mana cuma kami dua org saja.Bahaya kan tapi aku memang jenis tak takut sangat sebab aku tau Allah ada jaga kami.Gitu...ya allah bila part masuk hutan ni,memang alahai tak laratnya rasa.dah tinggi curam kena panjat semua.jalan dah berbukit bukit.Adik aku memang asyik ajak patah balik ja tapi kakak dia ni kata alang2 dah panjat,biar sampai atas.Aku asyik cakap alah satgi sampai la.Sikit ja lagi padahal memang jauh lagi.Aku geram juga sebab dia asyik tanya bila nak sampai padahal dia yg ajak naik.Budak darjah lima kn.manala larat sangat kudrat dia.

Dan di pertengahan jalan,sedarlah dia kaki dia kena pacat.eeee gelinya aku.Aku pun cakap tu la duduk berhenti banyak sangat.Aku dengan yakin nya aku takda pacat.Dan beberapa minit kemudian,aku check kaki aku dan ada juga lantas aku pun jerit zirah tolong buang saya geli.Aku tak tgk pun pacat kat kaki aku.Aku kalih belah lain.haha.geli la.aku tak suka benda lembik2 mcm tu.Maka aku cabutla stokin terus sebab pacat tu melekat juga taknak keluaq.Tapi aku usung juga stokin tu dengan kayu sebab pikir nanti kaki aku nak tutup macam mana.Aurat tu.

Dekat nak magrib dah,baru kami sampai atas.ya allah memang penat.dahla tu sampai atas tu kami sesat lagi..sebab jalan nak masuk hotel tu depa tutup.tapi bila dah malam,gelap kami terpaksa panggil abang yang kerja dalam tu bukakan pintu.nasibla dia tolong kami.Kami turun dgn van yg memang duk naik atas bawa penumpang.Kesian pakcik tu bawa kami yang busuk ni..huhu.

Maka dengan itu,kami pulang semula chalet..terpaksa panggil ipah mai ambik kami hantar pi chalet.haha.masa malam aku tidur,barula kaki aku terasa sakit.asyik jaga sebab kaki sakit.tiga hari jugak la kaki sakit.hahaha memang taknak dahla aku panjat.apapun aku suka sebab benda camni ajar aku tak putus asa.baru panjat gunung,jalan atas tititan sirat taktau lagi macam mana kan.

Sapa yang suka aktiviti lasak ni,bolehlah cuba.4 jam masa untuk panjat..huhu..nikmatinya.:D
Depan chalet


Tangga kenari



cer zoom,ada pacat euww

Isnin, 28 April 2014

Review Sabun double Gluta murah

Assalamualaikum,dah lama aku tak tulis apa apa dekat blog yang usang ni..huhu..so hari ni rasanya nak tulis pasal Sabun double gluta.

Aku rasa ramai yang dah tau pasal sabun ni kan.Kat pasar malam pun banyak yang jual.Aku pun salah seorang penjualnya.hehe..sebab aku ni pengguna.kalau aku beli satu satu,aku rasa macam membazir ja jadi aku beli bebanyak dan aku dapat harga borong.bijak ka dak?haha.

Sabun ni warna warni..bau dia memang wangi la.aku suka pakai kat muka ja sebab dia akan peeling mcm halus ja..mcm habuk ja..aku pun tonyoh la bagi keluaq habuh.muka yg berminyak akan berkurang..bab putih aku taktau la sebab aku memang dah putih.hahahahha.muntah ramai ramai.

Fungsi gluta memang cerahkan kulit.tapi aku rasa hampa nak keluaq rumah kena la pakai losyen semua sebagai pelindung uv..matahaqi dahla panas terik..memang kena pakai la kalau nak jaga kulit kan.

Aku ada tonyoh kat ketiak juga.then aku pegang ketiak aku rasa mcm lembut ja.ni bukan tak senonoh tapi aku nak tau kesan dia hokay.kalau rajin pakai,mesti akan ada kesan la.jangan pakai haqi ni,esok nak cerah dah.

ha lupa nak habaq,memang rasa pedih sikit bila biaq kat muka besala tu proses nak buang.haha.tapi takdala teruk pun.apapun aku suka sabun ni.aku taktau nak review apa lagi.erm..bos aku pun pengguna sabun ni even dia laki.dia lagi suka.sebab dia kata tak berminyak muka dia.yala laki kan kulit berminyak jugak.pastu dia rasa dia mcm putih sikit bila pakai.haha.aku tengok koko adala.haha.

Aku cuma tunggu boleh ka hilang parut jerawat aku ni.erm...rimas la tgk.aku ada pakai krim polla tu tapi mcm xda kesan kat aku..yala,aku suka cuba produk thailand sebab muqah.haha.aku ni spesies kedekut.ada produk breast pun aku cuba tapi yg ni agak berkesan.apa apa produk pun,kena istiqamah pakai.dan sabaq la tunggu hasilnya..

Comel kan mcm agar agar..wangi sangat
Kalau ada sapa nak beli kat aku,sila add wechat kat number 0174386713..seketul rm 10 ja aku juai..murahla tu.haha.nak lagi murah pun boleh.ok..sekian saja..

Isnin, 11 November 2013

Powerbank Rosak?

Assalamualaikum....sapa tau apa itu powerbank??ok,powerbank ni dah mcm keperluan untuk org yg pakai smartphone.Powerbank untuk caj hp kita la...Yela,ko pakai smartphone,online,whtapp,wechat tak hengat dunia then ko nak harap bateri hp ko tahan sampai ke esok?jgn haraplah senah oi.sejam pun dah kong bateri hp kau....lainlah pakai 33 sekupang,seminggu tahan...

Apa aku nak cerita,nak share,disebabkan aku keja kedai hp so aku share pasal benda alah ni la,kalau keja tanam sayur,aku citer ah pasal sayur.haha.cita cita lama yg tak kesampaian.powerbank ni banyak jenis,power dia,design dia,dri yg halus sampai la yg besar mcm kotak pensel aku sek ren dulu.terpulang kita nak pakai yg berapa power..yg mahal ada,yg murah pun ada.

mari kita cerita mcm mana nak jaga dia dgn penuh kasih syg..powerbank pun perlukan ksh syg hokay,ingat hampa ja ka nk syg syg..ada yg beli jenis murah then depa ckp tak tahan lama.act,depends pada org yg jaga benda tu la.alah,kalau hang beli mahai juta juta pun,tak reti jaga,rosak jugak.buwekk.haha.perkara ini terjadi kepada customer aku.dia beli powerbank 20ribu mah,takla murah sgt,rm105 jugak la.yela,power besar maaa...tapi takdalah jenama apa.then dia mai kedai,kata rosak.bukan begitu,so bos aku yg pakar kata,powerbank ni tak boleh kalau kita tak caj dia langsung,dia jadi kong teruih,so dia terus mati..tapi bos aku telah menghidupkan powerbank ala ala mcm doktor hidupkan pesakit guna kejutan elektrik tu.ha lebih kurang la kan..so hiduplah balik dgn izin Nya.

Maka,sila lah caj powerbank anda sentiasa untuk mengelakkan dia mati.Kalau kedai hampa beli dekat,takpalah tu hat beli online tu,pastu takda warranty,tak ke naya kan.ingatkan rosak tapi kita yg tak caj.jgn bagi dia kong,sila caj jugak untuk elakkan dia mati.

So,tiada beza yg mahal atau murah.Bagi aku la..Kalau kita jaga dgn penuh caring,loving,insyaAllah dia ok..haha.kalau tak ok,idk.zzzz..kalau nak beli powerbank,boleh cari aku.kami bukan ambik untung banyak pun,rm20 ja.maila beli,maila...hehe.alolo,beli nah satu.haha.k la,tata.muahhh kat arwah kucing aku.,rindu dia.sob sob..
Powerbank yg mcm style la,ferrari kot then senang jgk sebab dia tunjuk peratus bateri.Lawa kan,sila beli disini.:p

Rabu, 30 Oktober 2013

Pujian

Assalamualaikum,saja nak hupdate.mcm rajin ja,mcm malas ja,mcm rjn ja.haha.act,thn lps,tarikh hari ni,aku dah start bertudung.jap ja masa berlalu,alhamdulilah masih kekal dalam hidayahNya.terima Ya Rab.

Aku nk ckp pasal pujian.Sapa tak suka kena puji kan,aku pun suka,kekadang puji diri sendiri tu pun bila ambil gambaq dgn camera 360 pastu feeling cun cun gitu.haha.Ramai org sekarang cantik,ada duit semua boleh jadi cantik,cantik semulajadi tak tau la sapa kan..artis yg lawa semulajadi yg kacuk2 tu la kan sebab depa kacuk muka kulit semua lawa...ada ja gds kampung yg ayu lagi lawa.Tapi lama tak jumpa sebab gds kampung dah uptodate sekarang ni...apa aku merapu.

Boleh ja nak puji tapi niat kita tu,bila kita puji,sila tengok sapa yg cipta ok?Sapa murid murid??Ya,kamu yg gigit lolipop tu apa jwpn dia?Allah cikgu.Ha bijak geliga otak kamu.Ok,so sambil puji,renung dalam dan sebut Subhanallah baqu betoi.Kita puji sebab Allah bukan sebab makhluk tu.Sambil puji,pahala pun dpt.Jgn puji sebab tak ikhlas,sebab nak bodek,sebab nak ngorat dan sebab2 yg tersembunyi yg lain.

Ok,pada yg dipuji,tak payah nak kembang semangkuk sangatla kan..Ingat la,kita ni hamba yg hina.Jgn duk bangga la.Apa ada pada kita,pinjaman semata.Allah yg bagi,tu Dia punya.Sedaq diri sama nah sambil ucaplah Alhamdulilah selalu tanda syukur Allah bagi nikmat yg melimpah meletup mcm candy crush tengah meletup tu.

Jgnlah kita bangga apabila dipuji,riak ujub dan yg lain.Kdg kdg memang wujud manusia yg jenis suka menunjuk apa dia ada,tapi tu la,doakan  saja mereka dapat Hidayah ataupun bersangka baik mereka hanya mahu kongsi rasa itu.Semak diri balik,mana tau konon niat elok pastu setan hasut jadi tak elok,ngada tau iblis ni suka hasut hasut,cubit kang.errr...

Apa aku tulis,tak tuju dekat sapa tapi kat diri sendiri yg banyak belajar dalam tempoh kehidupan ini.Aku la ni ada penyakit suka jeles dekat org lawa,cantik,pastu terus aku beletiaq dkt nafsu no no jgn camni.Baik aku jeles dekat Rabiatul Adawiyah then buat amalan bebanyak baru betoi.

p/s-Yg kekal cantik hanya di Syurga.:) peace

Rabu, 23 Oktober 2013

Buku Cinta Kerana Allah

Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarokatuh..ha...Alhamdulilah,masih diberi nyawa untuk bertaubat..aku cam rasa nak tulis bab kawin.haaaaa jeng jeng bukan sebab aku nak kawin tapi saja nak tulis.sapa tak suka bila sebut kawin kan?semua mesti suka....fitrah manusia...

Dengan kawin boleh dapat banyak pahala,nak2 dapat pulak anak solehah.memang dia doa kat kita la kan...mungkin sebab aku jumpa nadia hari tu,bahagia sangat tengok dia..dia tengah pregnant,sehari aku duk rumah dia sebab hujan tak boleh pi kerja,.kira dapat cuti la kan...ya allah,mak mentua dia dengan pak mentua dia memang baik.memang bertuah dia dapat mak mentua dan pak mentua yang baik.aku yg baru duk sehari pun dah terasa aura bahagia nya apatah lagi nadia yg dah kawin 10 bulan..alhamdulilah la kan..

lepas tu aku ada baca buku hantaran nadia.Tajuk dia Cinta kerana Allah.memang baguih gila buku tu tapi aku terasa blur sikit sebab aku belum kawin tapi baca buku mcm tu.haha.tapi isi dia serius best,aku rasa setiap orang patut baca.satu satu dia kupas,dengan bahasa yg ringkas tapi kita mudah faham.buku ni habaq cara step bahagia sampai ke tua...ya,tak kan kita nak bahagia time kita tengah muda,lawa ja kan.tapi aku dan baca sekerat ja...tu pun dah best,aku paksa nadia baca juga dan dia pun kata best...tapi rumah mak mentua nadia memang banyak buku,novel fuh boleh gila aku tengok.maklumlah org suka membaca mcm aku ni memang pantang tengok buku banyak banyak.

Bagi aku,perkahwinan tu suci kalau disulami dengan cinta padaNya bukan kerana nafsu semata.Bahagia sampai akhir hayat lalu bertemu di Syurga.Allah.indah sangat.tapi kan aku selalu negatif sikit bila pikiaq kawin.aku takut laki aku tak suka aku,badan aku tak lawa,muka aku ada jerawat bla bla.tapi buku tu cakap,inilah mentaliti Rakyat Malaysia dimana semua tu salah.tak semestinya begitu kan.tula,baik hampa pi baca buku tu.hehe.

oklah,motif aku cuma nak habaq buku tu best.haha.sila la beli dan baca takpun pinjam kat Nadia.hehe.Rm 30 ja kat popular.p/s suka tengok wawa zainal dengan aeril zafrel kawin.cantik gilos wawa bertudungSubhanallah,Alhamdulilah...
Inilah buku itu,please please baca buku ini.Serius best.

Isnin, 23 September 2013

Berbahagialah diuji :)

Assalamualaikum...disini aku ingin meng copy tulisan di dalam majalah AT TAQWA.


Apabila dianalisa,sebenarnya ujian positif lah yg banyak merosakkan berbanding ujian negatif.Saya bawakan contoh,katalah ada org kaya dan berkuasa diazab oleh Allah kerana kedurhakaannya.Dia hendak bahas, ' Wahai Tuhanku,aku kena azab ini kerana Engkau juga.Engkau bagi aku kaya!Engkau bagi aku kuasa!Sebab itu aku jadi jahat.Kalau Engkau tak jadikan aku kaya dan berkuasa,aku tak lah kena azab'.Lalu Allah memberi hujah dgn berkata 'Bukankah ada di kalangan org baik istana menjadi Raja?Nabi Sulaiman menjadi raja.Nabi Daud jadi raja.Nabi Muhammad jadi raja tapi mereka lebih baik dari engkau.

Ada org miskin juga masuk ke neraka.Mereka berhujah dgn Allah 'Macam mana aku tak jahat,Engkau miskinkan aku.Aku nak makan terpaksa mencuri,terpaksa menipu.Kalau aku kaya,tak lah jadi begitu.Lalu Allah memberi hujah dgn berkata 'Engkau lebih miskin atau Nabi Muhammad lebih miskin?Dia jauh lebih miskin dari engkau,tapi dia jauh lebih baik dari engkau..

Jadi setiap apa yg berlaku di dunia ini adalah merupakan ujian.Sekiranya kita tidak kuat rasa bertuhan,tidak takut dan cintakan Allah,tidak memandang besar akhirat,maka kita akan tewas dgn apa bentuk ujian pun sama ada positif atau negatif.Kaya pun tewas,Miskin pun tewas.Berkuasa pun tewas.Tak berkuasa juga tewas.

Sebab itu Allah adalah yg terpenting dalam hidup kita.Besarkan akhirat itu penting suapaya apa bentuk ujian yg melanda,tidak akan menjejaskan kita dan tidak mengubah pendirian kita.Org yg takut dan cintakan Allah kalau mereka kaya,makin banyak harta maka makin banyak kebaikan yg mereka akan buat seperti menolong org,bersedekah,membela org dan menyelamatkan org.

Kalau org miskin,susah,sakit,menderita,kalau mereka takut dan cintakan Allah,pahalanya berbeza-beza.Kalau mereka tidak mendapat nikmat dan tidak dapat menolong orang,kalau mereka redha,maka mereka mendapat pahala besar.Sekiranya sabar,Allah beri hadiah tidak terkira 'bighairi hisaab'.Maka mereka sudah kalah mengalahkan org kaya yg paling kaya.Org miskin apabila nampak ada org jual durian,tetapi tidak mampu beli hingga cicir air liur,maka Allah ampunkan dosanya.Itulah penghapusan dosa,tanda rahmat dan kasih sayang Allah kepada hamba-hambaNya.Maha Adilnya Allah.

Ada dikalangan kita yg beribadah kerana fadhilat dan mengekehemdaki pahala yg banyak tetapi sebenarnya yg lebih banyak mendapat gandaan pahala adalah dgn 'tidak melakukan ibadah'.Sebenarnya pahala yg banyak apabila diuji dgn kesakitan.Sebab itu para Rasul tidak merasa susah dengan kesakitan.Untuk mendapat pahala yg banyak adakah kita larat sembahyang 1000 rakaat sehari?Maka sekiranya diuji dengan kesakitan hendaklah sabar dan redha,disitu lebih banyak pahala.

Sama juga contohnya dgn org miskin yg teringin dengan sesuatu barang atau makanan,tapi tidak mampu membelinya.Disitulah keampunan Allah.Selalunya kita kata,'kenapa Allah buat begini?' Percayalah,Allah lakukan semua itu untuk memberi kita pahala.Para suami,ketahuilah bahawa isteri yg sering membebel dan meyakitkan itu juga pahala.Sekiranya isteri celupar mulut,kata pada mereka elok elok selembut bahasa,'Pahala abang dicatit.Cakaplah lagi,janganlah berhenti lagi,Inilah income dan saham abang.'.Lama kelamaan isteri malu sendiri.Itulah yg berlaku sekiranya kita faham kerja Tuhan,kita akan seronok dan bahagia menerima ujian Allah.
¬Berbahagialah diuji¬:)

Okay,dah lama aku tertangguh nak copy ayat dalam Majalah ni.Act,masa aku baca bab ni,meleleh juga la aiq mata ku ini,yala sebab aku ni kdg kdg suka complain juga bila diuji.Haishhhh...aku harap aku lebih kuat selepas ini...Insya Allah kan....Doakan yg terbaik untuk semua.Amin.....

Rabu, 31 Julai 2013

Kemaafan yang diberi tanpa dipinta

Assalamualaikum...macam malas nak tulis tapi nak tulis la.hihi...sebab orang termenung mcm aku ni,bukan ada benda nak buat.

Sempena nak raya ni,sesuai sangatlah kita bermaafan..act,bukan hari raya ja.terapkan sifat pemaaf dalam diri kita.memang susah,yalah,kalau orang bunuh hang,hang nak maafkan ka?maybe ada yg maafkan sebab dia tau Allah suka orang yg pemaaf.errr..tapi dah kena bunuh,bila masa nak maafkan...zzzzz...

Hmm..masa form 2,aku pernah tanya ustazah,boleh tak kita balas dendam ustazah?disebabkan sifat pendendam tumbuh dalam hati aku,tapi aku tak ingat lah aku dendam sapa time tu..abaikan..ustazah cakap,kalau org tu potong tangan kita,kita boleh potong tangan dia tapi tapi ha ada tapi tu,janganlah kita buat lebih sampai potong kerat 88..dan tapi juga,lebih baik maafkan orang tu sebab Allah suka hambanya yg pemaaf.aku diam ja dengar..

Aku memang dah cuba terapkan sifat pemaaf dalam diri sebab aku tau,memaafkan tu menenangkan,berdendam tu buat hati gusar.biaqlah maafkan pun,buat apa nak ego taknak maafkan..Allah ampunkan hambaNya,Rasul ampunkan umatnya,ibu ayah terima baik buruk,so kita terima dgn redha kesalahan org terhadap kita.alah,mcmlah kita ni takda salah kan?semua org pernah buat silap..

Tapi tapi,ada juga jenis yang buat salah pastu diam,tak mengaku,tak minta maaf contoh mcm adik aku.aku taktau nak ajaq budak ni mcm mana,geram pun ada kadang kadang tapi aku malas,penat keja lagi,mampu berdoa jala untuk dia...SABAR ja dulu kan...hmm..before tidoq pun,sebut la maafkan semua org yg ada buat salah dgn kita walaupun kita taktau,yalah,manala tau org mengumpat kita ka apa ka,sebut ja maaf..dan doa supaya org lain pon maafkan kita.ingat,Allah suka org pemaaf,jgn dendam dendam...

Allah memang sayang dgn org yg sabaq,so aku belajaq sabaq sebab aku bukan jenis sabaq sangat bila besaq ni,keja nak marah ja.memang susah,berapa kali aku terkandas,tapi lama lama aku try,ok la..biaqla org nak marah kita,kita jangan marah org.org pulak bila marah,sebut mcm mcm.pekakkan telinga ja,istigfar ja banyak banyak...

Cakap mcm senang ja kan nak tahan marah,hahaaha.memangla susah oi,sapa kata senang,dahla dgn setan yg suka hasut hasut lagi.sebab tu kena banyak istigfar..jgn ckp apa apa bila mrh,istigfar ja...bagi sejuk..memang Allah pun marah bila kita buat salah tapi tapi setelah kita menyedarinya,kita boleh minta maaf,kalau dgn org,beranikan diri jala mnta maaf,dia maaf or tak,belakang kira..

Ego,ni lagi satu.takpayahla kita nak ego,yalah,ohh dia marah aku,apa ingat dia sorang ja boleh marah,boleh mengamuk,kita tak boleh??tu la ego..hasut kita supaya jangan kalah..padahal org yg tahan sabaq,org yg MENANG ok...org yg hebat..gila tak hebat,kalau boleh sabaq mcm Rasulullah saw...memang kita bukan nabi tapi kita contohi akhlak dia,tak salahkan..maafkan lah sapapun,tak kira sapapun atau haiwan sekalipun,walaupun haiwan tatau cakap,dia berak ka apa ka,maafkan la,maafkan family,kwn,jiran,strangers dan lain-lain.

So mari bermaafan sesama kita,tak kira dgn Allah atau makhluk.Try rasa kemanisan jadi seorang yang sabaq dan pemaaf...Maafkan diri ini juga wahai semua,diri ini sedar diri ini banyak kesilapan dan melukakan hati orang lain tapi diri ini tak terlintas pun.Jika bukan hari ni anda maafkan saya,maafkan lah saya apabila saya sudah tiada.Moga disana saya tenang.Tolong juga minta maaf dekat org yg saya tak sempat minta maaf jika saya mati dulu...Selamat berbuka puasa.....